Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Saat memegang kunci rumah idaman antara detik paling bermakna buat kebanyakan dari kita. Segala pengorbanan dan cabaran menyimpan wang hasil pendapatan terasa berbaloi apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki masuk ke teratak yang baru dimiliki.

Setelah berhempas-pulas menyimpan buat membayar deposit pinjaman rumah, tidak bermakna usaha menyimpan hasil pendapatan terhenti di situ. Rumah yang kosong perlu diisi dengan barang-barang keperluan asas seperti meja makan, almari baju dan dapur.

Seorang pengguna X, Razha berkongsi senarai kos yang perlu anda ambil kira setelah memegang kunci rumah idaman. Menurutnya, perkongsian tersebut dimuat naik sebagai panduan kepada anda yang baru memiliki rumah membuat kira-kira dan tinjauan harga.

BACA: Belanjawan 2025: Kerajaan Dicadang Perkenal Mekanisme Pelepasan Cukai Seni Kreatif

Dalam senarai tersebut, Razha membuat pembahagian kepada 10 bahagian utama mengikut ruang di dalam rumah, dengan beberapa pecahan bahagian kecil.

Bermula dengan bahagian laman rumah, dia meletakkan sebanyak RM250 sebagai persediaan bagi mencari rak kasut, dengan tiada kos ditetapkan bagi pintu gril rumah.

Masuk ke dalam rumah, Razha memulakan panduan kos di ruang tamu dengan jumlah sebanyak RM4,800. Jumlah ini kelihatan besar apabila ia melibatkan persediaan membeli rak buku, sofa, kabinet TV, cermin, jam dinding, hiasan dan langsir.

Terus ke bahagian dapur, kira-kira RM8,600 diperlukannya untuk meja makan dan pemasangan kabinet dapur. Bagi peralatan elektrik, dia meletakkan sebanyak RM1,299 untuk kos pembelian peti sejuk dan RM1,299 lagi untuk pembelian mesin basuh.

BACA: Persis Di London, Bangunan Di Pulau Pinang Ini Jadi “Spot” Untuk Bergambar

Biarpun dalam senarainya ada meletakkan kos untuk Smart TV, penyaman udara dan kipas di dapur, sebagai tuan rumah, anda mempunyai kebebasan untuk meletakkan alatan elektrik yang kena dengan poket anda.

Bagi bahagian pencahayaan keseluruhan rumah, Razha mencadangkan pemasangan lampu di bilik tidur, dapur, ruang tamu, laman rumah, ruang makan dan bilik air serendah RM500.

Melihat pula penyediaan ruang bilik tidur, Razha menjangkakan kos yang perlu ditanggung setinggi RM1,700. Kos ini merangkumi penyediaan rangka katil, tilam dan almari baju bagi satu bilik tidur utama dan satu bilik tidur medium.

Bagi mereka yang memerlukan ruang bekerja di rumah seperti Razha, anda boleh menjangkakan sebanyak RM220 perlu disediakan untuk pembelian perabot dan peralatan tambahan.

BACA: Bapa Kongsi Bawa ‘Anak Syurga’ Buat Aktiviti Lasak Setiap Kali Hari Lahir

Setelah mengambil kira segala keperluan di atas, pasti anda terfikir, bagaimana pula dengan dinding rumah? Berapakah kos yang perlu diambil kira jika anda teringin mengecat dinding rumah dengan warna kegemaran anda?

Menurut perkongsian ini, Razha meletakkan kos setinggi RM1,400 untuk kos membeli dan upah mengecat rumah.

Secara keseluruhan, pengiraan kos ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengira sendiri bajet menyediakan keperluan asas sebelum berpindah masuk.

Kredit: Razha

Kos masuk rumah baharu ini hanya anggaran individu. Kiraan kos ini boleh dijadikan panduan bagi mencari alternatif yang lebih sesuai dengan keperluan masing-masing.

BACA: Lelaki Kongsi “Step” Betul Cat Dinding Rumah Untuk Dapat Hasil Yang Cantik & Tahan Lama

Sumber: Razha