Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
proton x70 apple carplay
Kredit: Proton

Proton X70 2025 Kini Dilengkapi Apple CarPlay

Azizah Najib

Proton X70 2025 Kini Dilengkapi Apple CarPlay

Pemilik Proton X70 2025 mula menerima sambungan Apple CarPlay yang baru dilancarkan syarikat automotif, Proton.

Menerusi muat naik di laman Instagram, pihak Proton memberikan panduan mengemas kini sambungan tersebut kepada para pemilik kenderaan.

Para pemilik Proton X70 2025 perlu memuat turun sambungan tersebut melalui pengemaskinian OTA kenderaan masing-masing. Pemilik SUV premium itu dinasihatkan untuk menghidupkan enjin sepanjang proses memuat turun dan pemasangan sambungan Apple CarPlay.

“Pakej kemas kini sambungan tersebut akan dimuat turun apabila ia tersedia untuk kenderaan anda. Pastikan enjin sentiasa hidup sehingga proses muat turun tamat.

BACA: Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus

“Apabila selesai, anda boleh mula pasang (sambungan) pada bila-bila masa. Apabila pemasangan bermula, pastikan enjin sentiasa hidup sehingga proses kemas kini sambungan tersebut selesai,” ujarnya.

Menerusi hantaran yang sama, pihak Proton turut mengingatkan pemilik SUV untuk memeriksa versi sistem supaya selari dengan nombor sistem versi terkini, SW3RBA10925H1141.

Dengan adanya sambungan ini, pemilik SUV sudah boleh menyambung telefon bimbit jenama iPhone melalui sambungan USB atau Bluetooth.

Menurut Apple, fungsi Apple CarPlay bukan sekadar radio, malah turut membenarkan pemandu menjawab panggilan, menghantar mesej dalam bentuk audio, malah menjadi penunjuk jalan kepada pemandu menerusi ciri Apple Maps.

BACA: Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas

“Ia menyediakan kandungan bagi semua skrin pemandu termasuk kelompok instrumen. Ini bagi memastikan pengalaman reka bentuk padu yang terbaik untuk kereta dan iPhone anda, dengan reka bentuk (khas) bagi setiap pengeluar kereta yang menonjolkan ‘watak’ dan jenama kenderaan anda.

“Fungsi kenderaan seperti radio dan kawalan suhu dikendalikan terus dari CarPlay,” katanya.

Terdahulu, SUV pertama keluaran syarikat tersebut diperkenalkan tanpa sambungan berkenaan biarpun ia telah dilengkapi dengan skrin terapung ketika majlis pelancaran. Namun kini, pemilik SUV premium tersebut dapat menikmati ciri istimewa yang telah dijanjikan itu.

Buat masa ini, hanya Proton X70 2025 yang disahkan menerima kemas kini sambungan peranti tersebut.

BACA: Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Sumber: Proton (1) (2), Apple