Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Minuman Bergula
Kredit: AFP

Kerajaan Cadang Naikkan Kadar Duti Eksais Minuman Bergula 40 Sen Seliter

Athirah

Kerajaan Cadang Naikkan Kadar Duti Eksais Minuman Bergula 40 Sen Seliter

Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari sebanyak 40 sen seliter.

Cadangan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya lagi, langkah itu diambil bagi menyokong gerakan War On Sugar berikutan penduduk Malaysia antara paling obes di rantau Asia Tenggara.

Pada masa yang sama, gula juga menjadi musuh utama kepada penyakit tidak berjangkit.

Menurut Perdana Menteri, tambahan hasil yang diraih menerusi kenaikkan duti eksais minuman bergula ini untuk menampung perbelanjaan manfaat kesihatan awam.

Antaranya meliputi penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.

Selain itu, hasil itu juga akan digunakan bagi penyediaan rawatan Dialisis Peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit.

FELDA juga difahamkan akan menambah baik pusat dialisis mereka.

Skop pelepasan cukai perbelanjaan perubatan

Beliau berkata sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, kira-kira RM 27 juta disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.

Dalam pada itu, Belanjawan 2025 turut memperlihatkan kerajaan akan memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan.

Antaranya meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit sebagai langkah ke arah amalan penjagaan kesihatan kendiri.

BACA: STR Bujang Dinaikkan Kepada RM600

BACA: Penyasaran Subsidi RON95 Akan Dilaksanakan Pertengahan 2025

BACA: Belanjawan 2025: Cukai 2% Ke Atas Pendapatan Dividen Melebihi RM100,000 Akan Dilaksanakan

BACA: Kadar Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700 Sebulan

Sumber:

RTMKlik