Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
penjawat awam rm500
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500

Athirah

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500

Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 berkata, bantuan yang sama sebanyak RM250 juga akan diberikan kepada veteran berpencen dan tidak berpencen.

Menurut beliau lagi, bantuan khas ini akan disalurkan kepada penerima pada Februari tahun depan.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup yang diterima oleh veteran tentera tidak berpencen.

Berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK), kadar bantuan tersebut akan dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding kadar semasa RM300.

Penjawat awam terima RM500 dari kerajaan

“Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas kepada pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025,” katanya lagi.

Selain itu, kerjaan juga memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.

Ia meliputi kuaters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara serta Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Keperluan perumahan untuk penjawat awam muda diberi perhatian

Malah, keperluan perumahan penjawat awam muda turut diberi perhatian menerusi Belanjawan 2025.

Menurut Perdana Menteri, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.

BACA: PLKN 3.0 Dilaksanakan Guna Konsep Baru, Libatkan Lepasan Kadet Sekolah

Sumber: Belanjawan 2025