PLKN 3.0 Dilaksanakan Guna Konsep Baru, Libatkan Lepasan Kadet Sekolah
Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 secara rintis dengan konsep baharu yang melibatkan lepasan kadet sekolah.
Menerusi pembenatangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan sebanyak RM50 jura disediakan untuk tujuan itu.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain turut akan terlibat dalam pelaksanaan PLKN 3.0 yang akan menggunakan prasana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.
Perdana Menteri menerusi pembentangan yang sama juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta diberikan kepada Program Rakan Muda.
PLKN 3.0 libatkan lepasan kadet sekolah, guna konsep baru
Ia bertujuan memastikan Program Rakan Muda terus dijadikan wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Skim Step Up Financing di bawah SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan) dengan jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion untuk membantu golongan muda memiliki kediaman pertama.
Menurut Perdana Menteri, skim berkenaan menawarkan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah untuk tempoh lima tahun pertama.
Dalam pada itu, Belanjawan 2025 turut memeperlihatkan beberapa inisiatif khas untuk anak muda disediakan oleh kerajaan.
Inisiatif untuk anak muda turut diberi perhatian dalam Belanjawan 2025
Antaranya adalah Geran Padanan RM10 juta di bawah Program Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES).
Ia bagi membolehkan syarikat melatih mahasiswa dalam bidang STEM menerusi latihan industri.
Selain itu, dana sebanyak RM20 juta turut disediakan bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan untuk menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.
BACA: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500
Sumber: Belanjawan 2025