Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
warga asing salah guna pas
Kredit: Bernama

Warga Asing Salah Guna Pas Sosial, Berniaga Guna Rakan Kongsi Tempatan

BERNAMA

Warga Asing Salah Guna Pas Sosial, Berniaga Guna Rakan Kongsi Tempatan

PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Terdapat pelancong asing dikesan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk membuka perniagaan di negara ini, dengan menggunakan rakan kongsi rakyat tempatan selain untuk bekerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa industri yang menjadi tumpuan, antaranya sektor pelancongan, hiasan dalaman, perabot serta restoran, dan isu berkenaan telah dibincangkan beberapa kali dalam mesyuarat Jemaah Menteri .

"Walaupun mereka (pelancong asing) mungkin bertindak sebagai pemodal, mereka tetap perlu memohon pas yang sah untuk berniaga. Jika masuk sebagai pelancong tetapi berniaga, itu menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Saifuddin Nasution mendedahkan aktiviti itu dikesan berlaku secara ketara dalam sektor pelancongan, khususnya di kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) termasuk di pulau-pulau sekitar Semporna.

"Hasil operasi bersama ESSCOM mendapati terdapat hingga 81 unit chalet diusahakan oleh warga asing yang masuk menggunakan rakan kongsi tempatan sebelum mereka sendiri mengusahakannya. Ini sudah tentu menjejaskan usahawan tempatan yang mematuhi undang-undang," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih peka terhadap pembangunan fasiliti di kawasan masing-masing kerana projek seperti chalet tidak dibangunkan dalam tempoh yang singkat.

Saifuddin Nasution menegaskan siasatan pihaknya akan "zoom in" kepada semua hala tuju termasuk kemungkinan penglibatan ejen pelancongan bagi mencari punca dan pelaku sebenar.

Selain sektor pelancongan, KDN turut mengenal pasti penglibatan warga asing dalam industri hiasan dalaman, restoran, serta industri perabot.

Beliau menjelaskan bahawa operasi penguatkuasaan yang dijalankan agensi di bawah KDN bertujuan mengesan warga asing yang melanggar syarat pas, memandangkan pemegang PLS tertakluk kepada sekatan yang tidak membenarkan mereka bekerja atau berniaga.

"Kita menguatkuasakan beberapa akta termasuk Akta Imigresen merangkumi mereka yang masuk tanpa melalui pintu masuk rasmi, salah guna pas, mahupun tinggal lebih masa," katanya.

Bagi tempoh 2025 sehingga pertengahan Januari lepas, sebanyak 54,791 warga asing telah diambil tindakan penguatkuasaan kerana menyalahgunakan PLS bagi tujuan bekerja di negara ini.

KDN komited untuk meningkatkan elemen penguatkuasaan termasuk mengekang salah guna PLS selaras dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu isu penyalahgunaan pas dan kawalan warga asing diberikan tumpuan serius.

Pada 30 Jan lepas, Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri mahu tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap warga asing yang menyalahgunakan PLS atau kelonggaran visa untuk bekerja di Malaysia.

Sumber:BERNAMA