STR Kategori Isi Rumah Bakal Terima RM4,600
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat.
Antara intipati perbentangan tersebut adalah kerajaan mengumumkan penambahbaikkan pada inisiatif kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat.
Bagi tahun 2025, kerajaan memberikan peningkatan tertinggi pada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menurut beliau, peruntukkan ini telah naik daripada RM10 billion kepada RM13 billion, malah bakal dinikmati lebih 9 juta penerima ataupun bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Penerima STR kategori isi rumah bakal terima RM100 setiap bulan
Bermula tahun depan, penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 untuk setiap bulan. Difahamkan, sebanyak 700 ribu penerima akan menerima SARA dalam kategori ini.
Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 untuk membeli barangan keperluan rumah seperti makanan dan ubat-ubatan di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit.
Selain itu, penambahan peruntukan 3 bilion ringgit membolehkan kadar maksimum STR yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar turut mengumumkan bahawa bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan 1.7 bilion ringgit.
BACA: STR Bujang Dinaikkan Kepada RM600
BACA: Penyasaran Subsidi RON95 Akan Dilaksanakan Pertengahan 2025
BACA: Belanjawan 2025: Cukai 2% Ke Atas Pendapatan Dividen Melebihi RM100,000 Akan Dilaksanakan