Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
khemah biru port dickson
Kredit: Bernama

MPPD Arah Perniagaan Sewaan Khemah Biru Di Pantai PD Dihentikan

Azizah Najib

MPPD Arah Perniagaan Sewaan Khemah Biru Di Pantai PD Dihentikan

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengeluarkan notis pemberhentian perniagaan sewaan khemah di pantai-pantai sekitar Port Dickson, berkuat kuasa 18 November depan, lapor Sinar Harian.

Menerusi notis yang tular itu, pengusaha khemah sewa di Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin diarah menghentikan aktiviti perniagaan mereka.

Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid menjelaskan bahawa arahan yang dikeluarkan sebagai langkah persediaan menambah baik perniagaan sewaan khemah di lokasi tersebut.

“Semua peniaga khemah biru dimohon kerjasama untuk menghentikan sewaan khemah mulai 18 November di Pantai Telok Kemang, Pantal Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

“Tuan atau puan juga dilarang untuk memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti,” tegasnya.

BACA: KKM Sedia Pinda Undang-Undang Tangani Salah Laku Babit Pesakit Mental – Dzulkefly

Beliau turut menegaskan tindakan pemindahan dan pengalihan halangan akan dijalankan tanpa notis jika terdapat pihak yang gagal mematuhi kehendak notis. Tindakan ini dijalankan mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Pengusaha juga diingatkan untuk membersihkan semua peralatan termasuk khemah, meja, kerusi, payung, struktur atau binaan tempat simpanan.

“Pihak MPPD akan melupuskan apa-apa peralatan yang masih kekal di pantal sekiranya ada selepas pemantauan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, nama baik tempat pelancongan Negeri Sembilan itu terjejas disebabkan aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang menjadi tular. Tindakan segelintir peniaga yang menghalau orang awam dari menggunakan pantai awam turut mengeruhkan keadaan.

BACA: Ribut Tropika Kristine: 4 Negara Asean Hantar Bantuan Ke Filipina

“Malahan sehingga kini masih lagi terdapat peniaga yang ingkar dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pihak Majlis melalui surat MPPD.UKPA/484/1/90 bertarikh 18 Jun 2020.

“Untuk makluman juga, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Telok Kemang telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha Khemah Telok Kemang bagi berunding dengan MPPD,” ujarnya.

Terdahulu, MPPD telah menyita sembilan unit khemah biru tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang pada awal Oktober. Tindakan tersebut merupakan hasil operasi pemantauan dan kawalan khemah biru di lokasi berkenaan.

Sebelum ini, media turut melaporkan deretan khemah sewa di kawasan itu didakwa mengganggu pemandangan orang ramai.

BACA: Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

Sumber: Sinar Harian