Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kontena rempuh 15 kenderaan
Kredit: tvonenews

Lori Kontena Rempuh 15 Kenderaan, Pemandu Cuba Larikan Diri Berjaya Ditahan

Azizah Najib

Lori Kontena Rempuh 15 Kenderaan, Pemandu Cuba Larikan Diri Berjaya Ditahan

Jakarta, Indonesia – Seorang lelaki ditahan apabila lori kontena yang dipandunya merempuh 15 kenderaan termasuk kereta dan motosikal, lapor tvonenews.

Kejadian tersebut bermula apabila pelaku memandu dengan laju di lorong kiri lalu melanggar sebuah kereta Suzuki Ertiga yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Metro Jaya, Pesuruhjaya Polis Ade Ary Syam Indradi berkata, pelaku cuba melarikan diri ke arah Cipondoh lalu melanggar sebuah lagi kereta jenis Daihatsu Sigra yang dipandu oleh seorang lelaki.

BACA: Elak Ditipu, Ini Persediaan Sebelum Renovasi Rumah

“Pelaku terus melarikan diri dan setibanya di hadapan Balai Polis Cipondoh, sebuah balai polis di Tangerang, pelaku melanggar sebuah motosikal jenis Honda Vario,” katanya.

Menurut beliau, pelaku terus memandu ke arah Negrotog dan sekali lagi melanggar sebuah kereta di lampu isyarat Graha Raya. Selepas melanggar kereta jenis Suzuki Ertiga tersebut, pelaku membuat pusingan U menuju ke arah Pinang.

“Pelaku tiba di depan kedai makan Kawali Pinang lalu melanggar seorang mangsa. Malah, pelaku turut melanggar bahagian hadapan kenderaan jenis Toyota Kijang Innova,” tambahnya.

BACA: Vivy & Fadza Perjelas Situasi, Umum Letak Jawatan Dalam FashionValet

Setelah itu, pelaku tidak memberhentikan kenderaannya. Pelaku teruskan memandu lori kontena tersebut ke arah Cipondoh. Apabila tiba di depan Danau Cipondoh, pemandu melanggar pula seorang lagi mangsa dan melanggar sebuah kereta Toyota Vios.

“Pelaku kemudiannya memandu laju ketika lampu isyarat merah lalu melanggar sebuah kereta dan motosikal. Ketika pelaku tiba di lampu isyarat Buaran PLN, pelaku melanggar tiga lagi kenderaan lain.

“Pelaku terus memandu ke arah Kodim dan melanggar sebuah kereta, dua buah motor dan sebuah motor elektrik,” ujar Ade.

BACA: Empat Anggota Polis Direman, Disyaki Terlibat Dalam Kecurian Barang Kemas

Kejadian ini menyebabkan empat orang mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Pelaku berjaya ditahan oleh pihak polis apabila orang awam bertindak menariknya keluar dari lori tersebut.

Setakat ini, motif dan sebab kejadian masih belum dikenal pasti pihak polis.

Sumber: tvonenews