Kepala Babi Dilempar Semasa Derbi Corinthians-Palmeiras
El classico (Paulista) antara pasukan Corinthians dan Palmeiras dicemari dengan insiden kepala babi dilemparkan ke tengah padang sewaktu perlawanan yang berlangsung di Neo Quimica Arena.
Insiden tersebut berlaku apabila salah seorang penyokong tuan rumah bertindak melemparkan kepala haiwan berkenaan ketika perlawanan masih terikat 0-0.
Difahamkan, tindakan itu adalah cubaan untuk memprovokasi pasukan lawan yang digelar ‘porco’ atau ‘babi’ selama beberapa dekad.
Bagaimanapun, pemain tuan rumah, Yuri Alberto, bertindak pantas mengalihkan kepala babi itu dari padang, sebelum seorang pegawai kelab mengambilnya di belakang papan iklan.
Berita itu turut dimaklumkan oleh wartawan antarabangsa, Fabrizio Romano dalam satu hantaran di Facebook.
“Seorang penyokong Corinthians melemparkan kepala babi di atas padang sewaktu derbi,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
https://www.facebook.com/fabrizioromanoherewego/posts/pfbid02Ew4cKT4DpMTsLHRpRw1jH2woydM8bJV51wDR4eZYikEra4xXJuyufBBYENRy2xPil
Derbi Corinthians antara Palmeiras
Selepas beberapa minit dari insiden itu, suasana di stadium bertukar riuh apabila pemain tengah, Rodrigo Garro berjaya menjaringkan gol untuk memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.
Tuan rumah terus memberikan tekanan kepada pasukan lawan dan akhirnya gol kedua terhasil pada minit ke-51 menerusi penyerang Yuri Alberto.
Keputusan itu menyaksikan Palmeiras gagal mendaki puncak liga Serie A selepas tercicir tiga mata. Manakala Corinthians di tangga ke-13 liga dengan 38 mata kumpul.
Sejarah gelap kedua-dua pasukan
Derbi (rival) antara kedua-dua kelab telah lama berlarutan sejak beberapa dekad yang lalu.
Pada tahun 1969, berlaku satu insiden gelap apabila dua pemain utama Corinthians meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Ketegangan antara kedua-dua pasukan berlaku apabila pasukan Palmeiras, enggan membenarkan pasukan lawan menggantikan pemain yang terkorban tersebut.
Tambahan lagi, Presiden Wadih Helu ketika itu mengeluarkan kenyataan dan menyifatkan pasukan berkenaan berjiwa ‘khinzir’.
Sejak itu, gelaran ‘porco’ kemudiannya menjadi gelaran sindiran yang menghantui penyokong Verdao (Palmeiras) selama bertahun-tahun.
BACA: Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi
BACA: Rhodict Sertai Keluarga MILO, Cetus Inspirasi Cemerlang Dalam Pelajaran & Sukan
BACA: 8 Pemain Bola Rebah Serentak, Seorang Maut Dipanah Petir
Sumber: Footbom