Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
larangan penggunaan soket bas
Kredit: Bernama

APAD Keluar Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres

Azizah Najib

APAD Keluar Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres

KUALA LUMPUR, 7 November (Bernama) — Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket dalam semua bas ekspres, sehingga siasatan berhubung insiden seorang remaja maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan peralatan itu, selesai dijalankan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata larangan sementara itu, bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut.

“Kita juga ada dapatkan khidmat nasihat Suruhanjaya Tenaga (ST)…dan kalau ada apa-apa penambahbaikan perlu dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan, kita bersedia bekerjasama dengan ST untuk melihat balik SOP yang perlu kita laksanakan sebelum pendawaian atau penggunaan soket ini dibenarkan dalam bas ekspres,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) mengenai keselamatan penggunaan soket dalam bas ekspres dan kerjasama dengan ST.

BACA: Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

Loke berkata ketika ini pemeriksaan terhadap soket itu tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada proses pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Untuk bas ini, dia ada coach builder masing-masing dan memang setakat ini dalam pemeriksaan Puspakom dan sebagainya, soket tak dimasukkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan tersebut,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu keselamatan penggunaan soket yang terdapat dalam kapal terbang susulan insiden itu, Loke berkata soket di dalam pesawat dan kereta api mempunyai piawaian tersendiri dan penumpang tidak perlu bimbang untuk menggunakannya.

“Pesawat ini memang dikenal pasti ada piawaian yang perlu dipatuhi oleh syarikat pembuat kapal terbang…tak perlu bimbang penggunaan soket tersebut, tetapi untuk bas memang sekarang tiada piawaian.

“Bukan sahaja kapal terbang mungkin ramai juga Ahli Parlimen dari Utara menggunakan ETS untuk balik ke kawasan masing-masing, jadi ETS pun ada soket, kita jangan panik dulu, kapal terbang, kereta api dia ada piawaian dia sendiri,” katanya.

BACA: Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Hilang Selepas Proses Kutipan

Menjawab soalan asal Mohd Nazri mengenai punca kejadian remaja maut akibat penggunaan soket tersebut, Loke berkata pada 4 Nov Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk meneliti insiden tersebut.

Beliau juga memberikan masa selama 14 hari kepada pasukan itu untuk menyediakan laporan tersebut dan punca sebenar insiden itu akan diketahui setelah laporan berkenaan lengkap dan diserahkan kepada kementerian.

“Pasukan Petugas Khas ini yang diketuai Kementerian Pengangkutan turut dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), APAD, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Puspakom dan Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM).

“Sebagai langkah awalan dan amalan prosedur biasa, kementerian melalui APAD telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kemalangan itu daripada pengendali bas ekspres terlibat pada 4 Nov dan syarikat perlu mengemukakan maklum balas kepada APAD dalam masa tiga hari bekerja iaitu selewat-lewatnya pada 6 Nov,” katanya.

BACA: Penjelasan Pemberian Lesen Laksana 5G Kepada U Mobile Tumpuan Di Dewan Rakyat Hari Ini

Selain itu, Loke berkata JPJ juga telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas badan bas tersebut pada 5 Nov di Butterworth, Pulau Pinang yang turut disertai oleh ST serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Malah semalam, beliau berkata wakil ST, JPJ, MIROS, SIRIM dan APAD juga telah melakukan pemeriksaan awal ke atas syarikat pembuat bas yang terlibat.

Sumber: Bernama