Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

Azizah Najib

Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

Australia bakal meluluskan undang-undang baharu berkenaan sekatan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun, lapor AFP.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, tindakan ini bagi membanteras syarikat teknologi gergasi yang gagal melindungi pengguna rentan.

“Platform seperti Facebook, TikTok dan Instagram mesti bertanggungjawab melaksanakan sekatan umur. Mereka berdepan kadar denda yang tinggi jika gagal berbuat demikian,” katanya.

Perundangan baharu tersebut bakal dibentangkan kepada pemimpin selepas sebutan pertama kali dalam parlimen pada penghujung November lalu.

BACA: Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling

Pada awal tahun, kerajaan Australia buat pertama kalinya memperkenalkan had umur bagi pengguna media sosial. Cadangan tersebut mendapat sokongan daripada dua parti majoriti dalam kalangan penggubal undang-undang.

“Ini demi para ibu dan bapa. Media sosial mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak dan saya ingin menamatkannya,” ujarnya.

Pihak berkaitan diberi tempoh satu tahun untuk mencari jalan bagi melaksanakan sekatan tersebut.

“Algoritma media sosial yang tidak disemak mendedahkan kandungan yang tidak sepatutnya kepada kanak-kanak dan remaja yang mudah terpengaruh.

“Saya menerima perkara yang saya tak mahu lihat dalam sistem (media sosial) saya. Apa lagi yang berusia 14 tahun. Remaja wanita melihat gambar bentuk badan yang beri kesan mendalam,” tegasnya.

BACA: Isu Buli Siber Dibentang Dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat Depan

Menurutnya, 16 tahun merupakan umur yang sesuai selepas beberapa ujian pengesahan umur dijalankan oleh pihak kerajaan.

Terdahulu, penganalisis meragui sama ada penguatkuasaan sekatan umur ini dapat dijalankan dengan ketat secara teknikal.

Pengkaji dari Universiti Melbourne, Toby Murray berkata, pengesahan umur sedia ada tidak boleh dipercayai.

“Sangat mudah untuk dipintas, atau merisikokan privasi pengguna,” ujarnya.

BACA: Mesyuarat BRICS Menangani Cabaran Keselamatan Sosial Global

Australia kini mendahului dalam usaha global membersihkan media sosial.

Pada awal tahun, kerajaan Australia juga memperkenalkan rang undang-undang ‘membanteras penyampaian maklumat yang salah’. Rang undang-undang ini membolehkan syarikat gergasi teknologi dikenakan denda jika melanggar keperluan keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Michelle Rowland menyifatkan reformasi ini sebagai “terkemuka di dunia”.

“Platform media sosial sering gagal patuhinya. Syarikat-syarikat ini telah diberikan notis. Mereka perlu pastikan amalan (keselamatan) yang mereka laksanakan lebih selamat,” katanya.

Sumber: AFP