Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
stor farmasi hospital papar
Kredit: Bernama

Stor Farmasi Hospital Papar Terbakar

Azizah Najib

Stor Farmasi Hospital Papar Terbakar

KOTA KINABALU (Bernama) — Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian itu.

“Lokasi kejadian terletak sejauh empat kilometer dan jentera JBPM tiba kira-kira 7.08 malam bersama 14 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Papar dan dibantu anggota BBP Kimanis,” menurut kenyataan itu.

BACA: Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

Operasi pemadaman masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Setakat ini kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam hantaran menerusi platform X malam ini berkata semua sumber sedang ditumpukan untuk memastikan pesakit dan warga hospital berkenaan selamat.

Beliau berkata proses pengungsian yang perlu juga telah dilaksanakan dengan jayanya, termasuklah ke hospital berhampiran.

BACA: APAD Keluar Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres

“Dukacita untuk saya maklumkan bahawa Hospital Papar, Sabah telah dilanda musibah kemalangan kebakaran… Saya juga telah dimaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Dzulkefly turut menasihati orang ramai untuk kekal tenang dan bersabar buat sementara waktu, selain memberi ruang untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan tugas mereka.

“Kemas kini seterusnya akan diberikan setelah siasatan dibuat dan segala pengesahan diperoleh daripada pihak berwajib. Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan semua di sana,” katanya.

BACA: Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis Umum Keputusan Bermakna Buat Kedaulatan Malaysia – Azalina

Sumber: Bernama