Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
konsortium MAHB
Kredit: Bernama

Konsortium Diterajui Syarikat Malaysia Cadang Ambil Alih MAHB Pada RM18.4 Bilion

Azizah Najib

Konsortium Diterajui Syarikat Malaysia Cadang Ambil Alih MAHB Pada RM18.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 November (Bernama) — Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.

Tawaran ini dikemukakan setelah memenuhi prasyarat termasuk kelulusan daripada pihak berkuasa di Turkiye, Arab Saudi, Mesir dan Malaysia seperti dimaklumkan menerusi Pengumuman Tawaran Prasyarat bertarikh 15 Mei 2024.

Dalam satu kenyataan bersama, ia berkata Konsortium dan syarikat induk mereka secara agregat memiliki 41.1 peratus daripada saham MAHB yang diterbitkan setakat 15 November 2024, iaitu tarikh notis tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat dikeluarkan.

BACA: Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Konsortium ini diterajui oleh dua syarikat Malaysia, UEM Group Berhad (UEM Group) iaitu anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pemegang saham Konsortium ini juga dianggotai oleh anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana yang diuruskan oleh Global Infrastructure Partners (GIP), satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka sedunia.

Selepas penerimaan tawaran sepenuhnya, pegangan UEM Group dalam MAHB meningkat daripada 32.99 peratus kepada 40 peratus, dan pegangan KWSP pula meningkat daripada 7.86 peratus kepada 30 peratus.

“Ini bermakna para pelabur Malaysia secara bersama akan memiliki 70 peratus pegangan dalam MAHB. Baki 30 peratus pegangan pula akan dimiliki oleh ADIA dan GIP,” kata kenyataan itu.

BACA: Pameran Seni Telepuk: Warisan Emas Yang Patut Kita Kenali

la berkata Kerajaan Malaysia akan mengekalkan pemilikan saham khasnya dalam MAHB, dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan MAHB akan terus dilantik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kesemua 39 lapangan terbang di Malaysia yang dikendalikan oleh MAHB akan terus dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, seperti termaktub di bawah perjanjian pengoperasian yang ditandatangani MAHB, dan akan terus dikawal selia oleh pelbagai agensi kerajaan termasuklah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Konsortium juga menegaskan bahawa tidak ada sebarang rancangan untuk memberhentikan pekerja dan hak sedia ada kakitangan MAHB akan terus dilindungi susulan daripada tawaran ini.

BACA: Pencinta Basikal Wajib Pergi, Ini Lokasi Garaj Basikal Terbesar Dunia

Tawaran ini adalah tertakluk kepada penerimaan yang sahih iaitu Konsortium, termasuk dengan saham yang sudah dimilki, perlu memiliki sekurang-kurangnya 90 peratus saham MAHB yang diterbitkan pada atau sebelum tawaran ini ditutup.

“Konsortium berhasrat untuk meletakkan MAHB di landasan terbaik bagi pertumbuhan mampan jangka masa panjang, dengan menumpukan kepada penyelenggaraan dan usaha menaiktaraf infrastruktur lapangan terbang, meningkatkan tahap perkhidmatan penumpang dan menambahbaik keterhubungan syarikat penerbangan yang akan meningkatkan pertumbuhan trafik.

“Ini sekaligus akan memberikan manfaat ekonomi berpanjangan kepada MAHB dan para pemegang taruhnya, serta sektor ekonomi utama di Malaysia dan Turkiye,” katanya.

Sumber: Bernama