Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
elaun guru sekolah agama
Kredit: Bernama

Guru Sekolah Agama Pulau Pinang Terima Elaun Tambahan RM500 Tahun Depan

Azizah Najib

Guru Sekolah Agama Pulau Pinang Terima Elaun Tambahan RM500 Tahun Depan

GEORGE TOWN, 19 November (Bernama) — Sebanyak 160 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di Pulau Pinang akan menerima elaun tambahan RM500 setiap bulan bermula Januari tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata MAINPP telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1.92 juta untuk tujuan itu.

BACA: Wanita Maut, Anak Cedera Parah Dirempuh Kereta Api

“Mereka sebelum ini menerima RM600 hingga RM1,600 sebulan bergantung pada kelayakan akademik masing-masing. Semoga dengan berita baik ini menyuntik semangat para guru untuk memartabatkan Islam di Pulau Pinang melalui pendidikan anak-anak kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata setakat ini, tiada individu daripada GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) menyertai program pemulihan secara sukarela di negeri ini.

Beliau berkata ahli GISBH seolah-olah ‘hilang’ daripada pandangan umum dengan mereka berkemungkinan mengubah penampilan bagi mengelak dikenali.

“Kita tawarkan kepada mereka program pemulihan berkaitan agama di Kompleks Darul Hidayah (di Nibong Tebal), kita juga sediakan fasilitator untuk mereka, ada penginapan sekali, jadi kita nasihatkan mereka untuk tampil secara sukarela sertai program pemulihan ini.

“Cuma sekarang ini nak kesan ahli-ahli GISBH pun susah, malah premis-premis perniagaan mereka kosong selepas operasi daripada pihak berkuasa baru-baru ini,” katanya.

BACA: Semakin Gempak, Zach King Ajak Sofyank Buat Filem Sama-sama

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 16 Oktober lepas memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa pemimpin, pengikut, pekerja atau jemaah GISBH adalah haram, bercanggah serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) turut memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

BACA: KPM Siasat Pelajar Thailand Rentas Sungai Golok Bersekolah Di Malaysia

Sumber: Bernama