Siakap Keli
peniaga pandu kereta laju
Kredit: Bernama

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

KUALA LUMPUR, 19 November (Bernama) — Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.

Tertuduh, 31, didakwa memandu kereta jenis BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian pembonceng motosikal Nur Naura Nathifa Mohd El-Khuwailid di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Puchong pada 9.50 malam, 15 November lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

BACA: Guru Sekolah Agama Pulau Pinang Terima Elaun Tambahan RM500 Tahun Depan

Timbalan Pendakwa Raya Salsabila Mohammad mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Inderpal Singh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya bekerja sendiri dan menanggung keluarga.

Majistret Haneefa Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung berkuat kuasa serta merta, serta menetapkan sebutan kes pada 21 Januari depan.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil.

BACA: Wanita Maut, Anak Cedera Parah Dirempuh Kereta Api

BACA: CEO Tular Pecat 99 Pekerja Di Syarikatnya

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.