Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kelantan amaran hujan berterusan
Kredit: Bernama

Kelantan Negeri Terbaru Dijangka Alami Hujan Berterusan Tahap Buruk

Azizah Najib

Kelantan Negeri Terbaru Dijangka Alami Hujan Berterusan Tahap Buruk

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemas kini Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk dengan menambah satu lagi negeri sehingga 23 November ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan tahap buruk di sebahagian negeri Kelantan. Daerah yang tersenarai setakat ini merupakan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Keadaan di Terengganu menunjukkan hujan berterusan tahap buruk bakal melanda seluruh negeri. Manakala bagi Pahang, cuaca buruk ini melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

BACA: Bayaran Mungkin Dikenakan Untuk Dapat Lesen Memandu Fizikal Tahun Depan – Anthony

Dalam pada itu, beberapa kawasan lain disenaraikan dalam kawasan yang bakal mengalami hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan Kelantan, Pahang dan Johor.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan. Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera dijangka terlibat. Manakala di Johor, daerah Mersing dan Kota Tinggi dijangka hujan berterusan tahap waspada sehingga Sabtu,” maklum MetMalaysia.

Beralih ke Sabah, daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka terlibat bermula Sabtu ini sehingga Isnin depan.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM

Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan melibatkan luruan monsun. Keadaan ini membawa hujan lebat berterusan yang sedang berlaku di timur Semenanjung bakal berlanjutan sehingga hujung November nanti.

“Analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Menurut beliau lagi, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga telah dikemas kini.

“Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora telah dikemas kini bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 26 November 2024,” tambahnya.

BACA: Mangsa Dirempuh Kereta Api Hantar Anak Ke Sekolah Berjalan Kaki Setiap Hari

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)