Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
amaran 11 negeri
Kredit: Bernama

11 Negeri, 3 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Azizah Najib

11 Negeri, 3 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terhadap 11 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 9 malam ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook agensi tersebut, amaran dikeluarkan terhadap seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Dalam masa yang sama, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan turut menerima amaran hujan lebat.

Di Pahang, hanya daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh dijangka hujan lebat. Manakala keadaan di Johor menunjukkan hujan lebat bakal landa kawasan di pantai barat negeri. Daerah yang tersenarai ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

BACA: Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

Beralih ke Sarawak, daerah yang menerima amaran hujan lebat merangkumi Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), serta Betong (Saratok dan Kabong). Selan itu, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) turut tersenarai.

Di Sabah, daerah yang terlibat hanya Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Ranau) dan Tawau (Tawau dan Kunak).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk & Waspada Di Beberapa Negeri Hingga 25 November

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di seluruh perairan Malaysia. Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Ahad ini.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Pahang • Terengganu • Kelantan sehingga Ahad, 24 November 2024. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Dalam masa yang sama, pihak MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Kenaikan Paras Laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan. Keadaan ini berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

BACA: Warga Emas Lemas Ketika Memukat Ikan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (

), (

)