Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Mladen Antonov/AFP

4 Pelancong Maut Akibat Keracunan Alkohol Di Laos – Laporan

Azizah Najib

4 Pelancong Maut Akibat Keracunan Alkohol Di Laos – Laporan

WASHINGTON, 21 November (Bernama) — Sekurang-kurangnya empat pelancong, termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS) maut selepas meminum alkohol yang disyaki tercemar metanol di Laos, menurut United Press International (UPI) yang memetik pihak berkuasa dan laporan.

Banyak perkara yang masih belum jelas mengenai kejadian itu, namun kerajaan British dan Australia memberi amaran kepada rakyat mereka yang melancong ke Laos supaya berhati-hati terhadap minuman yang tercemar dengan metanol, bahan kimia yang sering digunakan dalam pembuatan alkohol tiruan.

“Beberapa warga asing, termasuk rakyat Australia, telah menjadi mangsa dalam kes keracunan metanol pada November 2024 selepas meminum minuman beralkohol,” menurut laman sesawang Smartraveller kerajaan Australia.

“Berwaspada terhadap potensi risiko terutamanya dengan minuman berasaskan spirit termasuk koktel.”

BACA: Tiga Beranak Maut, Bayi Setahun Selamat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya DUKE

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese memberitahu Parlimen pada Khamis bahawa Jabatan Hal Ehwal Luar mengesahkan bahawa Bianca Jones yang berusia 19 tahun telah meninggal dunia.

Rakannya, Holly Bowles juga berusia 19 tahun kini dalam keadaan kritikal di hospital, katanya.

“Ini adalah mimpi ngeri yang tidak seharusnya dilalui oleh sesiapa pun, apatah lagi oleh ibu bapa,” kata Albanese.

Pengumuman itu dibuat selepas Jabatan Negara AS mengesahkan seorang warganegara Amerika juga telah meninggal dunia di Vang Vieng.

“Kami sedang memantau situasi ini dengan teliti dan memberikan bantuan konsular,” kata jurucakap Jabatan Negara AS dalam kenyataan kepada The Guardian.

BACA: Ditanya Mengenai Status Halal Produk Sebelum Ini, KA Beri Penjelasan

Bagaimanapun, jurucakap itu tidak mengesahkan kejadian ada kaitan dengan metanol, dengan menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan “bertanggungjawab menentukan punca kematian.”

Dua lagi mangsa telah dikenal pasti sebagai wanita Denmark dalam lingkungan 20-an.

Seramai dua belas orang dilaporkan mengalami keracunan dalam insiden itu, menurut laporan Australian Broadcasting Corporation, yang melaporkan bahawa Jones dan Bowles telah jatuh sakit pada 13 Nov selepas meminum alkohol di sebuah bar berhampiran tempat penginapan mereka.

Polis telah memberitahu Radio Free Asia bahawa mereka sedang menyiasat sama ada metanol merupakan punca penyakit itu.

BACA: Bomba Selamatkan 40 Mangsa Termasuk 21 Kanak-Kanak Terperangkap Kepala Air Di Dabong

Sumber: Bernama