Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
PASTI Cipta Rekod
Kredit: PASTI Malaysia

PASTI Cipta Rekod, Seramai 121,180 Murid Sertai Sesi Hafazan Al-Quran 

Azizah Najib

PASTI Cipta Rekod, Seramai 121,180 Murid Sertai Sesi Hafazan Al-Quran

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia mencipta rekod penyertaan sesi Hafazan Al-Quran teramai kategori pra sekolah yang diadakan semalam di seluruh negara.

Menerusi muat naik di laman Facebook rasmi PASTI Malaysia, cawangan PASTI dari seluruh negara berjaya menghantar seramai 121,180 penyertaan dalam majlis tersebut. Sehubungan dengan itu, PASTI mencatat rekod baru dalam The Malaysia Book Of Records.

“121,180 penyertaan berjaya dikumpul. Hari ini 20 November 2024, PASTI Malaysia telah berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dalam penyertaan sesi Hafazan Al-Quran teramai kategori pra sekolah,” ujarnya.

BACA: Bonnie Bunyau Gustin Raih Emas, Pecah Rekod Dunia

Majlis yang berlangsung selama satu jam bermula 10 hingga 11 pagi itu diadakan secara dalam talian dengan penyertaan tertinggi dari PASTI Negeri Selangor, seramai 28,292 murid. PASTI Negeri Terengganu mengikuti dengan seramai 13,978 penyertaan murid.

Mengikut rapat, PASTI Negeri Kelantan antara tiga cawangan teratas menghantar penyertaan teramai iaitu seramai 13,029 penyertaan murid. Penyertaan keempat dan kelima tertinggi disumbang oleh PASTI Negeri Kedah seramai 12,839 dan PASTI Negeri Johor dengan 8,876 penyertaan.

Seterusnya, PASTI Negeri Pahang dan Perak, masing-masing dengan 8,566 dan 8,138 penyertaan murid. Di kedudukan kelapan, PASTI Negeri Sabah dengan 6,700 penyertaan manakala PASTI Negeri Pulau Pinang mengekori dengan penyertaan seramai 4,887 murid.

BACA: Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

PASTI Wilayah Persekutuan pula muncul di tangga ke-10 dengan 4,553 penyertaan, diikuti PASTI Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing menghantar seramai 4,294 dan 4,017 murid turut serta. Dua negeri lagi iaitu PASTI Negeri Perlis dan Sarawak pula masing-masing menghantar seramai 1,603 dan 1,408 murid.

Menerusi hantaran tersebut, pihak PASTI Malaysia mengucapkan penghargaan buat pihak yang terlibat termasuk ibu, bapa dan guru.

“Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberikan bimbingan dan dorongan buat anak-anak pelajar PASTI. Sejarah ini kita punya.

“Inilah perjuangan kami dalam memacu pendidikan awal kanak-kanak. Ruang yang sangat terbuka luas untuk mengilmukan masyarakat. Mendidik anak-anak mengenal huruf dan nombor. Mendidik anak-anak mengenal Allah dan Rasul. Mendidik anak-anak mencintai mukjizat Al-Quran,” ucapnya.

BACA: Resipi Nachos Paling Ringkas, Boleh Buat Sendiri Kat Rumah

Sumber: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia