189,580 Peminjam Tak Bayar PTPTN Merupakan Penerima STR
Seramai 185,580 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), lapor Sinar Harian.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ia merupakan 45.7 peratus daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos 2024. Baki iaitu seramai 225,529 bukan merupakan penerima bantuan STR.
“PTPTN pada masa ini hanya memegang data yang dikumpul semasa permohonan, ketika peminjam biasanya tidak mempunyai pendapatan,” ujarnya di Dewan Rakyat.
Jumlah tersebut dikemukakan bagi menjawab persoalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) tentang jumlah peminjam PTPTN yang telah bekerja dan mempunyai gaji melebihi RM3,000 tetapi gagal membuat sebarang pembayaran balik pinjaman tersebut.
BACA: Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas Kewangan RM500 – MB
BACA: Ditanya Mengenai Status Halal Produk Sebelum Ini, KA Beri Penjelasan
Sumber: Sinar Harian