Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Nafuzi Tinggalkan KDA FC
Gambar: Bernama

Nafuzi Sah Tinggalkan KDA FC

Iqbal Yasir

Nafuzi Sah Tinggalkan KDA FC

ALOR SETAR, 24 Nov (Bernama) — Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu telah menerima permohonan peletakan jawatan daripada Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain, hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Shahrul Samsudin berkata permohonan itu telah diperhalusi oleh pemilik, ahli lembaga pengarah serta pengurusan kelab terbabit.

Beliau berkata permohonan peletakan jawatan oleh pengendali kelahiran Kelantan itu diterima dengan rasa berat hati, namun penuh rasa hormat.

“Sejak bersama pasukan pada Disember 2022 hingga sekarang, beliau (Mohd Nafuzi) telah menunjukkan mutu kerja yang sangat tinggi, komited serta jitu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Shahrul berkata kejayaan meraih tempat keempat Liga Super 2023 pada tahun pertama Mohd Nafuzi bersama-sama pasukan serta peringkat Separuh Akhir Piala FA 2024, adalah pencapaian terbaiknya semasa bersama pasukan hijau kuning.

KDA FC, katanya mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Mohd Nafuzi selama ini dan mendoakan agar beliau berjaya dalam perjalanan kariernya pada masa akan datang.

“Pihak pemilik, ahli lembaga pengarah serta pengurusan KDA FC juga mengumumkan bahawa Victor Andrag dilantik menjadi Ketua Jurulatih Interim pasukan Liga Super Kedah bermula 25 Nov.

“Pihak pengurusan akan menilai serta membuat keputusan dari semasa ke semasa mengenai calon ketua jurulatih pasukan yang tetap berikutnya, mengikut keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki kancah Liga Malaysia 2024/2025,” katanya.

Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan bahawa Mohd Nafuzi bakal menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Mohd Nafuzi mula membimbing Kedah pada 2023 setelah meninggalkan Terengganu FC, selepas tiga musim bergelar ketua jurulatih pasukan dari Pantai Timur itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ramai Belum Tahu Geran Kenderaan Boleh Diambil Di Mesin JPJ, Ini Caranya

BACA: Kasut Pilihan ‘Pelari’, Ini Asal-Usul Terciptanya Jenama ASICS Yang Ramai Tak Tahu