Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
warga emas kereta dihanyut
Kredit: Bernama

Banjir Kilat: Warga Emas Maut Selepas Kereta Dihanyut Arus Deras Ke Dalam Sungai

Azizah Najib

Banjir Kilat: Warga Emas Maut Selepas Kereta Dihanyut Arus Deras Ke Dalam Sungai

KAPIT, 27 November (Bernama) — Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi semasa Pastor Bangau Amping, 75, sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar isteri berniaga di hadapan SK Methodist.

“Semasa kejadian, air telah melepasi jalan raya akibat hujan lebat sejak malam tadi dan arus kuat menyebabkan kereta dipandunya dihanyutkan ke dalam Sungai Selepong berdekatan. Mangsa berjaya dikeluarkan sekitar pukul 7.40 pagi tadi, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Banjir: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Pasir Puteh

Sementara itu Ketua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata tiga anggota bomba yang sedang bertugas membantu mangsa banjir di RH Richard Engking, Sungai Amang bergegas ke lokasi berdekatan persimpangan Tatai Kenyalang, kira-kira 1.4km dari rumah panjang tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 pagi.

“Setiba di lokasi mereka mendapati terdapat sebuah kereta Proton Saga berada di dalam sungai dan mangsa masih berada di dalam kereta. Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Beberapa kawasan di Kapit di bahagian tengah Sarawak dilanda banjir kilat sekitar pukul 5 pagi.

BACA: Sah Ke Solat Jika Pakaian Berlumpur & Dibasahi Air Banjir, Ini Jawapan Dr Zulkifli

BACA: Rindu Tak Bertepi, Kisah “Rider” Baring Di Sisi Pusara Ibu Buat Ramai Sebak

Sumber: Bernama