Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
majlis media malaysia
Kredit: Bernama

RUU Majlis Media Malaysia Dilulus Jemaah Menteri, Dibentang Minggu Depan – Fahmi

Azizah Najib

RUU Majlis Media Malaysia Dilulus Jemaah Menteri, Dibentang Minggu Depan – Fahmi

PUTRAJAYA, 6 Disember (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia diluluskan Jemaah Menteri hari ini dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu hadapan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ia adalah suatu berita baik untuk rakan-rakan media.

“RUU Majlis Media Malaysia telah diluluskan Jemaah Menteri untuk dibawa ke Parlimen. Jadi kita akan bentangkan dalam Dewan Rakyat minggu hadapan. Sekiranya ada masa (ia) akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini.

“Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang. Jadi akhirnya ia mengikut perancangan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

BACA: Australia Lulus Undang-Undang Larang Kanak-Kanak Gunakan Media Sosial

Pada 27 Mei, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi di peringkat akhir merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) yang berperanan sebagai badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamalnya.

Penubuhan MMC adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara, serta memastikan pelaporan berita oleh media dilakukan secara bertanggungjawab.

Ditanya sama ada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibincangkan dalam mesyuarat, Fahmi berkata tidak dibincangkan secara khusus.

BACA: Hantaran Jelik Terhadap Kanak-Kanak: MCMC Rakam Percakapan Pengguna Media Sosial

Namun demikian, beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, perkara itu akan dibahaskan di Parlimen minggu depan, sama ada Rabu atau Khamis.

“Jadi ahli-ahli Parlimen akan membahaskan laporan RCI tersebut dan Perdana Menteri juga telah memberi komen mengenai apa yang disebut sebagai pengkhianatan.

“Yang jelas bila kita baca laporan RCI itu, pengkhianatan yang telah berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada akan dibuat semakan atau tafsiran berhubung laporan RCI itu, Fahmi berkata ia tidak dibincangkan.

Semalam dilaporkan, menerusi laporan setebal 217 muka surat itu, RCI mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.

BACA: Isu Buli Siber Dibentang Dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat Depan

Sumber: Bernama