Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
jelajah dunia bwf beregu
Kredit: Bernama

Jelajah Dunia Akhir BWF: Dua Pasangan Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

Azizah Najib

Jelajah Dunia Akhir BWF: Dua Pasangan Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 13 Disember (Bernama) — Dua wakil negara dalam acara beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou China hari ini, selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan B masing-masing di tempat pertama dan kedua.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Gimnasium Olimpik Hangzhou, Soon Huat-Shevon yang turun dengan misi wajib menang terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 17-21, 21-15, 21-15, pada aksi yang berlanjutan lebih satu jam.

BACA: Perlawanan Everton Vs Liverpool Terpaksa Ditangguhkan

Shevon dalam audio dikongsikan BWF hari ini berkata beliau gembira dengan kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir kejohanan itu, selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2020.

“Kami gembira untuk layak ke separuh akhir. Kami tidak sangka akan pergi sejauh ini.

“Melihat kepada undian awal, kami ada peluang tetapi tidak letakkan harapan tinggi kerana pasangan lain dalam kumpulan kami sangat bagus. Jadi layak ke separuh akhir amat bermakna sekali buat kami,” katanya.

BACA: Tat Meng Sah Tinggalkan Team LZJ

Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan selepas mengalahkan wakil Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Pasangan yang berada di ranking kelapan dunia itu, menang 21-17, 21-18, dalam masa 41 minit.

Kedua-dua pasangan negara itu akan turun beraksi di separuh akhir esok, dengan lawan mereka akan diketahui selepas undian yang dijadual berlangsung malam ini.

BACA: Bintang Liverpool Dedah Sepupu Bermain Dengan Perak FC

Sumber: Bernama