Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
beregu campuran bwf akhir
Kredit: Bernama

Jelajah Dunia Akhir BWF: Beregu Campuran Cipta Sejarah Mara Ke Peringkat Akhir

Azizah Najib

Jelajah Dunia Akhir BWF: Beregu Campuran Cipta Sejarah Mara Ke Peringkat Akhir

Wakil badminton negara acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke peringkat akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pagi tadi.

Kemenangan dengan mata 21-15, 21-12 itu membuka laluan buat pasangan beregu ini berentap bagi merangkul juara menentang pasukan dari China esok.

Bernama melaporkan mereka bakal bertemu antara pasangan nombor dua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan pemenang emas Olimpik Paris, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

BACA: Jelajah Dunia Akhir BWF: Dua Pasangan Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pasangan Chen-Toh merupakan beregu campuran pertama Malaysia yang berjaya mara ke peringkat akhir sejak kali pertama kejohanan itu diadakan pada 2018.

Malah, kemenangan ini turut menjadi batu loncatan buat kedua pemain bermain dalam aksi akhir terbesar kerjaya mereka. Terdahulu, mereka berjaya menjuarai kejohanan Super 500 Terbuka Korea pada September lalu.

Jika pasangan ini berjaya dinobatkan sebagai juara Jelajah Dunia Akhir BWF, mereka bakal membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah USD 2.5 juta (RM11.1 juta).

BACA: Zii Jia Terpaksa Naik Kerusi Roda, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan Peraturan BWF

Menerusi perlawanan pagi tadi, Chen mengakui terdapat beberapa kesilapan yang dilakukannya ketika menyerang. Dia berharap kesilapan yang sama dapat dikurangkan dalam pusingan akhir nanti.

Menurutnya, gaya permainan kedua-dua pasangan beregu dari China bersifat agresif. Maka strategi yang lebih baik perlu diatur jika ingin bergelar juara.

“Kami hanya perlu kekal tenang dan tumpukan perhatian pada perlawanan esok,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan beregu ini berjaya mara ke peringkat separuh akhir apabila menamatkan saingan peringkat Kumpulan B. Mereka berada di tempat pertama dan kedua bersama Goh-Shevon. Menerusi rekod perlawanan, Chen-Toh berjaya mengekalkan momentum rekod tanpa kalah setakat ini.

BACA: Hobi Paling Bawa Untung, Ini Bukti Paling Kukuh Main ‘Game’ Bukan Perkara Sia-sia

Sumber: Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Bernama