Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
juara dunia catur
Kredit: AFP

Remaja India Cipta Sejarah Jadi Juara Dunia Catur Termuda

Azizah Najib

Remaja India Cipta Sejarah Jadi Juara Dunia Catur Termuda

Remaja genius dari India, Gukesh Dommaraju memegang status Juara Dunia Catur Termuda selepas menewaskan pemain dari China, Ding Liren di Singapura pada Khamis, lapor AFP.

Juara Dunia yang baru berusia 18 tahun itu menitiskan air mata selepas Ding, 32, membuat keputusan untuk menarik diri daripada permainan yang dijangka berakhir dengan seri itu.

Gukesh kemudiannya berdiri sambil tersenyum dan mengangkat kedua tangannya sebagai tanda kemenangan.

“Strategi saya untuk perlawanan ini ialah untuk memaksa (lawan) sebanyak yang boleh dalam setiap permainan.

“Ia hanya perlukan satu permainan untuk strategi ini menjadi,” ujar Gukesh.

BACA: Zii Jia Terpaksa Naik Kerusi Roda, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan Peraturan BWF

Kemenangan Gukesh dalam 14 perlawanan memberinya 7.5 mata berbanding Ding yang mengumpul 6.5 mata. Kemenangan ini turut mengangkat Gukesh menjadi pemegang status Juara Dunia Catur Termuda dengan mengenepikan pencapaian bekas juara dari Rusia, Garry Kasparov yang memegang status ini ketika berusia 22 tahun.

Malah, Gukesh merupakan warga India yang kedua dikalungkan pingat ini selepas bekas Juara Dunia lima kali, Viswanathan Anand.

Dalam kesempatan itu, Gukesh memuji pihak lawannya yang meneruskan perlawanan seperti juara sebenar.

Para peminat yang berada di bilik menonton bersorak kegembiraan sambil melaungkan nama Gukesh ketika dia muncul di persidangan media selepas perlawanan.

Difahamkan, para peminat terdiri daripada mereka yang datang jauh dari India ke Singapura untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Malah, mereka yang berketurunan India di Singapura turut sama berada di sana.

BACA: Cabaran Zii Jia Berakhir Di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024

Perdana Menteri, Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada Juara Dunia Termuda itu menerusi laman X miliknya.

“Ini satu pencapaian yang sangat baik, hasil daripada bakat, kerja keras dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.

“Kemenangannya tidak hanya mengukir namanya dalam sejarah catur tetapi turut memberi inspirasi kepada jutaan lagi minda muda untuk bercita-cita tinggi dan mengejar kecemerlangan,” ujar Modi.

Gukesh membawa pulang hadiah berjumlah USD1.35 juta manakala Ding menerima sebanyak USD1.15 juta hadiah wang tunai.

BACA: Hobi Paling Bawa Untung, Ini Bukti Paling Kukuh Main ‘Game’ Bukan Perkara Sia-sia

Sebelum itu, pihak Persekutuan Catur Antarabangsa telah mengumpulkan sebanyak USD2.5 juta wang tunai sebagai hadiah terkumpul. Setiap pemain bakal menerima sebanyak USD200,000 bagi setiap perlawanan yang mereka menangi.

Perlawanan di antara Gukesh dan Ding telah menjadi seri namun dengan kelebihan satu bidak, Gukesh meneruskan aksi dan mara dalam permainan.

Ding tersandar apabila dia menyedari kesilapan akhir yang telah memberi peluang kepada pihak lawannya.

“Saya benar-benar terkejut apabila menyedari saya membuat kesilapan,” keluhnya.

Sumber: AFP