Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
tiada peluang kedua sspa
Kredit: Bernama

Tiada Peluang Kedua Opsyen SSPA

Azizah Najib

Tiada Peluang Kedua Opsyen SSPA

CYBERJAYA, 20 Disember (Bernama) — Tiada peluang kedua atau tempoh tambahan akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata ini kerana kerajaan telah memberikan satu tempoh yang wajar iaitu dari 21 Okt hingga 30 Nov lepas bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Apabila tempoh masa tersebut telah melepasi apa yang telah ditetapkan, tiada ruang lagi untuk mereka membuat pilihan. Jadi mereka perlu berada dalam sistem sedia ada yang menjadi pilihan mereka.

“Sebenarnya yang tidak memilih (opsyen SSPA) ini sangat sedikit. Bagi saya, ini sesuatu yang kita tidak dapat elakkan kerana dalam pilihan ini ada yang menerima, ada yang tidak, itu perkara yang lumrah dalam pemilihan,” katanya sambil menambah tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak memilih opsyen SSPA.

BACA: Pegawai Awam Pilih SSPA Dapat Pelarasan Gaji & Pencen Kekal – JPA

Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM ketika hadir menyaksikan pementasan Teater Perkhidmatan Awam ‘Lara Wirang’ di Dewan Tun Canselor, Multimedia University di sini hari ini.

Dilaporkan hanya 0.13 peratus atau 1,400 orang daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen SSPA.

Wan Ahmad Dahlan dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam menandatangani opsyen SSPA, malah telah menikmati kenaikan gaji pertama mereka semalam selepas pelarasan di bawah skim itu.

“Ini menunjukkan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Teater Lara Wirang, yang menampilkan suatu kisah di Tanah Melayu dan Kepulauan Jawa dalam tahun 1427 hingga 1492, dipentaskan oleh 95 penjawat awam berbilang bangsa dari pelbagai agensi meliputi Persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan serta pelajar universiti.

Bermula 2014, Jabatan Perkhidmatan Awam mengorak langkah mengadakan persembahan Teater Perkhidmatan Awam sebagai pengisian penting Majlis Genta Bahasa yang merupakan penutup Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sektor awam.

Sumber: Bernama