Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
insiden di laut apmm
Kredit: Bernama

Lebih 3,000 Kes Insiden Di Laut Direkodkan Sejak 2006 Hingga Semalam – APMM

Azizah Najib

Lebih 3,000 Kes Insiden Di Laut Direkodkan Sejak 2006 Hingga Semalam – APMM

PUTRAJAYA, 21 Disember (Bernama) — Statistik Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan sebanyak 3,275 kes insiden di laut yang melibatkan 16,420 mangsa dalam tempoh 2006 hingga semalam.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata daripada jumlah itu 1,643 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan 777 diklasifikasikan sebagai hilang.

Beliau berkata bagi tempoh dari Januari hingga Disember tahun ini pula, BCLBB merekodkan 216 kes insiden di laut membabitkan 1,253 mangsa, dan daripada jumlah itu 62 orang dilaporkan meninggal dunia, 26 orang dikategorikan sebagai hilang.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Berdasarkan statistik itu, beliau menasihatkan rakyat negara ini untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti laut sepanjang musim cuti sekolah dan sambutan Hari Natal pada hari Rabu ini.

“Mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu sentiasa memakai jaket keselamatan selain memastikan bot yang dinaiki berada dalam keadaan selamat memandangkan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun akibat Monsun Timur Laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pengendali bot penumpang untuk memastikan bot yang digunakan berada dalam keadaan baik serta menyediakan jaket keselamatan sebelum beroperasi selain tidak membawa penumpang melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA