Terhibur, Lelaki Minta Sunting Gambar Ke Tempat Kerja Biar Lebih Selamat, Tapi Lain Pula Jadinya
Tidak seperti dahulu, dunia kini mengalami fasa peralihan kepada pendigitalan.
Hampir semua perkara dan urusan lebih tertumpu dalam alam maya seperti pendidikan, perniagaan, pembayaran, urusan pejabat dan banyak lagi.
Oleh itu, gajet seperti telefon pintar, tablet dan laptop sudah ibarat satu keperluan atau nyawa bagi setiap orang ramai.
Lebih-lebih lagi telefon pintar merupakan medium untuk mencari maklumat sewaktu mengisi waktu lapang.
Salah satu kebolehan peranti ini mampu mengambil gambar. Tahun demi tahun kemampuan telefon untuk mengambil gambar ditambah baik.
Walau bagaimanapun, kadangkala gambar yang diambil tidak sesuai dengan keinginan kita. Disebabkan itu, wujudkan pelbagai alatan, filter atau aplikasi yang boleh digunakan untuk menyunting gambar.
“Minta sunting gambar jalan biar lebih selamat, sekali..”
Dengan ini, kerja-kerja penyuntingan lebih mudah, termasuklah pengguna akaun Facebook Krol Tengku, yang memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni
Dalam hantaran tersebut, dia meminta kepakaran orang ramai untuk menyunting gambar laluannya untuk ke tempat kerja agar lebih selamat.
“Tolong edit sat, jalan nak pergi kerja gelap bahaya sikit la,” tulisnya
Susulan itu, warga maya tidak melepaskan peluang keemasan itu dengan mengeluarkan idea-idea bernas dan kepakaran dalam menyunting gambar.
Minta sunting bagi jalan selamat, ini nak lalu pun tak dah
Kreativiti penyunting-penyunting gambar alam maya ini nyata membuatkan sesiapa sahaja tak kering gusi melihat hasil suntingan yang dikongsikan.
Berikut antara hasil suntingan orang ramai;
Antara komen pengguna;
“Edit pun bukannya terang, uish yang kuban kuman mintanya,” komen seorang pengguna.
“Gelap juga tu jalannya,” seloroh seorang warganet.
“Seram wei… Hampa ni jadi nuh,” tulis seorang individu.
“Adeh lucu je baca komen-komen,” komen seorang lagi.
“Ada penampakan,” tulis seorang lagi.
Sumber: Krol Tengku via Edit Apa Hari Ini