Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar: BERNAMA

Permohonan Peguam Mulakan Prosiding Semakan Kehakiman Terhadap MCMC Ditolak Mahkamah Tinggi

Fazidi

Permohonan Peguam Mulakan Prosiding Semakan Kehakiman Terhadap MCMC Ditolak Mahkamah Tinggi

Permohonan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.

Keputusan untuk menolak permohonan mengenai sekatan yang dikenakan terhadap hantaran di Facebook peguam itu pada 2024 dibuat oleh Hakim Datuk Anand Ponnudurai.

Difahamkan, mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan untuk mengalih keluar hantaran peguam berkenaan dibuat oleh Facebook dan bukannya MCMC.

Oleh itu, keputusan berkenaan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Hakim juga berpendapat bahawa tindakan yang diambil oleh MCMC bukanlah ‘keputusan’ yang boleh dikaji oleh mahkamah.

Hal ini kerana, pihak MCMC hanya bertindak mengeluarkan permintaan tindakan, sedangkan keputusan pula dibuat oleh pihak Facebook sendiri.

Walaupun diminta oleh pengawal selia seperti MCMC, platform media sosial seperti Facebook mempunyai kata putus dalam soal pengawalan kandungan.

Menurut laporan media, peguam berkenaan dilapor menfailkan satu permohonan kebenaran untuk membuat semakan kehakiman berkenaan pada 4 Jun 2024.

Semakan kehakiman tersebut adalah untuk membatalkan permintaan pentadbiran yang menyebabkan siaran Facebooknya disekat untuk pengguna di Malaysia, pada Mei tahun lepas.

Menerusi permohanan tersebut, peguam berkenaan mendakwa tindakan MCMC menyekat hantaran berkenaan telah melanggar kebebasan suara.

Peguam itu mahu mahkamah mengisytiharkan tindakan pengawal selia itu telah menyalahi undang-undang di negara ini.

Beliau juga mahu MCMC menggugurkan ‘arahan’ yang meminta Facebook menyekat hantaran berkenaan.