Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
sebab sate timun bawang
Gambar: Rasa

Rupanya Ini Sebab Kenapa Sate Dihidangkan Bersama Timun & Bawang

Nur Alissa

Rupanya Ini Sebab Kenapa Sate Dihidangkan Bersama Timun & Bawang

Setiap menu makanan mempunyai keunikan rasa dan baunya tersendiri, yang mampu memikat perut sesiapapun.

Bahkan, sesetengah hidangan jika dimakan bersama hidangan sampingan semakin ‘bertambah’ sedap.

Begitu juga Sate yang dihidangkan bersama kuah kacang dan sayur seperti timun serta bawang merah.

Tapi, pernah tak anda terfikir mengapa timun dan bawang merah yang perlu dihidangkan bersama?

Sebenarnya, terdapat rahsia disebalik mengapa timun dan bawang dihidangkan sewaktu dijamah bersama sate.

Daging Sate

sate
Gambar: EZBBQ

Seperti yang diketahui sate adalah makanan yang berasal dari Jawa, Indonesia.

Secara asasnya, sate menggunakan potongan daging kecil yang telah dicucuk pada batang lidi untuk dibakar di atas arang.

Kemudian, ia dihidangkan dengan kuah kacang, bersama bawang dan timun.

Tapi, pernah tak anda fikir kenapa makanan ini dihidangkan dengan dua jenis sayuran ini sahaja? Adakah sayur lain tidak sesuai?

Kenapa Timun & Bawang Dihidang Bersama Sate?

Tahukah anda, bawang dan timun mempunyai agen anti-karsinogen yang mampu meneutralkan semula reaksi kimia di dalam daging yang terhasil semasa proses membakar.

Seorang pakar nutrisi, Jansen Ongko dalam satu temubual mengesahkan kemungkinan reaksi kimia yang berlaku di dalam daging dibakar di atas arang boleh menyebabkan kanser.

Timun dan bawang pula mengandungi agen anti-karsinogen semula jadi yang mampu untuk membuang karsinogen di dalam daging-daging yang dimasak secara bakar seperti sate dan BBQ.

Bagaimana Karsinogen Boleh Terhasil?

sebab sate timun bawang
Gambar: Wonderful Indonesia

Karsinogen terjadi disebabkan pertumbuhan sel di luar kawalan yang mengganggu kestabilan partikal kimia di dalam daging mentah. Punca utama karsinogen adalah daripada abestos dan asap.

Tetapi, asap pembakaran sate atau BBQ juga boleh menghasilkan karsinogen.

Penambahan minyak atau marjerin serta memanggang daging hingga menjadi hangus antara faktor pengaktifan sel kanser berlaku, jelas Jansen lagi.

Oleh itu, apabila kita membeli sate, wajib disertakan bersama timun dan bawang supaya agen anti-karsinogen di dalamnya dapat mengurangkan bahaya karsinogen ketika menjamah daging sate.

Bagi mereka yang suka membeli sate atau mengadakan BBQ, pastikan anda mengambil timun dan bawang sebagai langkah untuk mencegah penyakit kronik. Tetapi, jika anda tidak gemar memakan timun atau bawang mentah, anda boleh mengambil sayuran dan buah-buahan lain sebagai inisiatif untuk mengurangkan risiko kanser.

7 Sayuran-Sayuran & Buah-Buahan Pencegah Kanser

sebab sate timun bawang
Gambar: AI

1. Brokoli

Sayur brokoli adalah antara agen semula jadi yang mampu mengurangkan sel kanser payudara sebanyak 75 peratus, membunuh sel kanser prostat, serta mengurangkan saiz barah otak sehingga lebih 50 peratus.

Hal ini kerana brokoli mengandungi sulforan, yang menentang sel kanser dengan kuat disebabkan sebatian dalam sayur silangan (cruciferous).

2. Lobak Merah

Lobak merah juga mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Berdasarkan hasil kajian yang dibuat pada tahun 2015 dan beberapa kajian lain, menunjukkan lobak merah berfungsi dalam mencegah kanser gastrik sehingga 26 peratus dan kadar penurunan kanser prostat sebanyak 18 peratus.

3. Kacang Hijau

Menurut dapatan kajian pada tahun 2006, seramai 1,905 orang memiliki sejarah menghidap kanser kolon yang mengambil kacang hijau dalam diet mereka, dapat mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser.

Kandungan serat tinggi di dalam kacang hijau terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kolon. Kacang hitam dan kacang buah pinggang putih juga mampu melawan pertumbuhan sel kanser usus besar sebanyak 75 peratus.

4. Buah Beri

Ramai yang tidak tahu bahawa buah beri sebenarnya mengandungi antosianin yang mempunyai sifat antioksiden daripada tumbuhan. Antaranya termasuklah buah beri hitam, raspberi dan strawberi.

Kajian menunjukkan serbuk raspberi hitam memberikan sedikit kesan melawan kanser mulut. Turut dikatakan ekstrak buah bilberi mampu menurunkan kadar sel kanser hanya sebanyak 7 peratus. Namun, bukan semua jenis kanser mendapat kesan daripada antosianin.

5. Kayu Manis

Seterusnya dalam senarai adalah kayu manis yang tidak asing untuk diamalkan dalam tip kesihatan. Kajian dibuat pada tahun 2010 merekodkan kesan ekstrak kayu manis dapat menghalang penyebaran sel kanser ke bahagian leher dan kepala, serta membunuh sel-sel tersebut.

6. Kekacang

Menurut kajian 2015, seperti buah beri, kekacang berkesan untuk merendahkan risiko beberapa jenis kanser serta menurunkan risiko kematian pesakit kanser.

Kajian lain yang disertai oleh seramai 30,708 pesakit mengamalkan kekacang selama 30 tahun, direkodkan berjaya merendahkan kadar kanser kolon, kanser pankreas dan kanser rahim (endometrium).

7. Bawang Putih

Terakhir sekali, bawang putih mengandungi alicin yang bertindak menyingkirkan sel kanser.

Berdasarkan kajian 2011 yang melibatkan seramai 543,220 peserta, mereka mengambil sayur-sayuran allium selain bawang putih, termasuklah bawang Holland dan daun bawang.

Dapatan kajian membuktikan allium dalam sayuran tersebut berhasil untuk mengurangkan risiko kanser gastrik, manakala keputusan kajian tahun 2002 menunjukkan pengambilan bawang putih yang banyak dapat mengurangkan risiko kanser prostat.

Walau bagaimanapun, memakan sate atau daging bakar setiap hari tidak boleh diamalkan selali kerana berisiko terhadap kesihatan.

Oleh itu, jangan lupa sampaikan info ini kepada orang tersayang juga. Semoga bermanfaat.

Sumber: KOMPAS.com, Detik Health (1) (2)

BACA: Ambil Tahu, Ini Senarai Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser

BACA: 5 Penyakit Kanser Sering Dihidapi Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

BACA: Thaipusam: Penumpang Komuter Lembah Klang Nikmati Tambang Percuma Dua Hari