Siakap Keli
Lelaki Rakam Suasana TBS
Gambar: TikTok @Sabri_Mamat

“Di sinilah tempat kita cari rezeki..”, Lelaki Kongsi Suasana Di TBS Buat Ramai Sebak

“Di sinilah tempat kita cari rezeki..”, Lelaki Kongsi Suasana Di TBS Buat Ramai Sebak

Seperti yang diketahui, Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka bakal beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025 ini.

Pembukaan terminal transit memudahkan perjalanan rakyat dari Pantai Timur mahupun di sekitar negeri Selangor untuk berulang-alik menggunakan laluan ini.

Secara tidak langsung, pembukaan TBG ini akan mengurangkan kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang selama ini menjadi laluan atau akses utama.

Susulan itu, baru-baru ini seorang pengguna TikTok @Sabri_Mamat, memuat naik video suasana di TBS.

Kongsinya dalam klip berkenaan, berkemungkinan besar sebahagian rakyat Pantai Timur tidak akan menggunakan lagi TBS sebagai perantara untuk ke Kuala Lumpur selepas pembukaan TBG kelak. Ini kerana jaraknya yang lebih dekat.

Gambar: TikTok @Sabri_Mamat

“Sekarang ini saya nak merakam memori tempat ini yang dulunya kita semua pernah menggunakan perkhidmatan bas daripada Terengganu, Pahang, Kelantan.

“Kita nak cari rezeki dekat Kuala Lumpur, inilah tempat dia,” ujarnya dalam klip berkenaan.

Luahnya lagi, TBS meninggalkan cukup banyak kenangan pada dirinya termasuk orang lain, lebih-lebih ketika musim perayaan.

Setiap sudut dan ruang mempunyai memori yang terpahat di hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak khususnya warga Pantai Timur.

Ada juga yang turut berkongsi kenangan dan luahan sepanjang menggunakan TBS di ruangan komentar.

“Kenangan di TBS memang tinggal kenangan manis,” komen seorang pengguna.

“Dari hentian putra ke hentian kajang. Sesekali ke Puduraya. Tu kenangan perantau zaman 90an-2000,” kongsi seorang lagi.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan bas dari Pantai Timur ke TBS masih disediakan.

Dalam bahasa mudah, rakyat dari tiga negeri tersebut kini mempunyai pilihan perhentian selain TBS, iaitu TBG yang berdekatan dengan lokasi mencari rezeki.

@sabri_mamat

Akhirnya Orang Pantai anak guna tempat baru selepas ini di Terminal Bersepadu Gombak bermula 16 Febuari nanti. Banyak kenangan kita di TBS sepanjang kita ulang alik daripada Pantai Timur. #sahabatsabrimamat #TMBS #drsam #terengganu #visitterengganu #rxz_members_official

♬ original sound – 🖤Aarya Prem🇳🇵🖤 – 🖤Aarya Prem🇳🇵🖤

Terdahulu, Terminal Bersepadu Gombak (TBG)  dalam satu hantaran memaklumkan terminal berkenaan bakal beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025.

“Nantikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa,” ujar hantaran itu.

Tarikh operasi terminal yang sepatutnya dijalankan pada tahun lalu telah ditangguhkan sehingga ke hari ini tanpa sebarang kenyataan dari pihak pengurusan.

Difahamkan, semua bas yang berlepas ke atau tiba dari Pantai Timur akan beroperasi menerusi terminal baharu ini, sekaligus akan melancarkan lagi perjalanan pengguna.

Sumber: TikTok @Sabri_Mamat

BACA: Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar

BACA: Masjid, Surau Seliaan JAKIM Dan JAWI Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Agong Esok 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.