Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
E-Filing 2025 : Persediaan dan Checklist Penting 
Kredit: Bernama

E-Filing 2025: Persediaan & Checklist Penting Semua Kena Tahu

suhaila

E-Filing 2025 : Persediaan & Checklist Penting Semua Kena Tahu

Menjelang musim cukai yang semakin hampir, persediaan awal untuk mengisi e-Filing merupakan langkah yang amat penting.

Ia bagi memastikan segala maklumat kewangan anda disusun dengan baik dan proses pengisian cukai dapat dilakukan dengan lancar serta tanpa kesilapan.

Pengisian cukai secara elektronik ini bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran cukai, tetapi juga membantu mengelakkan sebarang penalti akibat kelewatan atau kesalahan dalam penghantaran borang cukai.

Tahun 2025 menyaksikan tarikh akhir pengisian e-Filing bermula dari 1 Mac 2025, dan setiap kategori pembayar cukai mempunyai tarikh akhir yang berbeza bergantung kepada jenis borang yang perlu dikemukakan.

Oleh itu, bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang langkah penting dan dapat menikmati pelepasan cukai yang sewajarnya, berikut adalah panduan lengkap persediaan untuk E-Filing 2025 beserta checklist penting yang boleh dijadikan rujukan anda.

1. Checklist MyTax: Semak Maklumat Asas Anda

Sebelum memulakan proses e-Filing, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyemak status akaun MyTax anda. Pastikan anda:

  • Memeriksa nombor pengenalan cukai (TIN) bagi memastikan rekod anda dikemas kini.

  • Mendapatkan nombor PIN e-Filing sekiranya anda pengguna kali pertama. PIN ini boleh diperoleh melalui portal rasmi LHDN atau dengan mengunjungi cawangan terdekat.

  • Mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mel.

2. Checklist Dokumen: Kumpulkan Semua Maklumat Pendapatan

Langkah seterusnya adalah menyediakan dokumen berkaitan pendapatan. Antara dokumen penting yang perlu dikumpulkan adalah:

  • Penyata EA atau EC daripada majikan bagi mereka yang bekerja.

  • Borang CP58 bagi ejen komisen atau individu yang menerima bayaran komisen.

  • Penyata untung rugi bagi individu yang menjalankan perniagaan.

  • Dokumen lain yang berkaitan seperti penyata faedah simpanan tetap dan dividen.

3. Ketahui Jenis Borang Yang Berkaitan

Bagi memastikan anda mengisi borang yang betul, berikut adalah kategori borang e-Filing yang perlu dikenal pasti:

  • Borang BE – Untuk individu yang berpendapatan selain perniagaan.

  • Borang B – Untuk individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan.

  • Borang P – Untuk perkongsian perniagaan.

  • Borang E – Untuk majikan yang melaporkan maklumat pekerja mereka.

4. Penyata / Resit Yang Berkaitan

Bagi mendapatkan pelepasan dan potongan cukai yang maksimum, pastikan anda menyimpan serta menyediakan dokumen sokongan berikut:

  • Resit sumbangan derma yang layak mendapat pelepasan cukai.

  • Resit perbelanjaan perubatan diri, pasangan atau anak-anak.

  • Resit pembelian buku, komputer, alat pendidikan dan langganan internet.

  • Dokumen berkaitan KWSP, insurans hayat dan takaful.

5. Jelaskan Tunggakan Cukai

Sekiranya anda mempunyai tunggakan cukai, pastikan ia diselesaikan sebelum tarikh akhir e-Filing untuk mengelakkan penalti.

LHDN biasanya menawarkan pelbagai saluran pembayaran, termasuk secara dalam talian melalui FPX, kad kredit atau kaunter bank yang terpilih.

6. Senarai Pelepasan Cukai Individu 2025

Bagi tahun taksiran 2025, individu boleh menikmati pelbagai pelepasan cukai. Berikut adalah beberapa kategori pelepasan yang boleh dituntut:

  • Pelepasan Diri dan Tanggungan – RM9,000

  • Perbelanjaan Pendidikan Diri – Sehingga RM7,000

  • Suami/Iteri/Alimoni kepada bekas iteri – RM4,000.00

  • Pelepasan Gaya Hidup (Buku, Peralatan Sukan, Langganan Digital, Komputer, Smartphone, dll.) – Sehingga RM2,500.00

  • Pemasangan/Sewaan/Pembelian Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik Bagi Kegunaan Sendiri – RM2,500.00

  • Tambahan Gaya Hidup Berkaitan Aktiviti Sukan – RM1,000.00

  • KWSP dan Insurans Hayat – Sehingga RM7,000

  • Tabungan Bersih SSPN – RM8,000.00

  • Perkeso/Akin Insurans Kerajaan – RM350.00

  • Insurans Pendidikan dan Perubatan (Individu/Pasangan?anak) – RM3,000.00

  • Skim Persaraan Swasta & Anuiti Tertangguh – RM3,000.00

  • Perbelanjaan Ibu Bapa – Sehingga RM8,000 (tertakluk kepada syarat)

  • Perbelanjaan Peralatan Penyokong OKU – Sehingga RM6,000

  • Potongan Tambahan Individu OKU – RM6,000.00

  • Potongan Tambahan Suami/Isteri OKU – RM5,000.00

  • Anak Kurang Upaya – RM8,000.00

  • Perbelanjaan Perubatan – RM10,000.00

  • Pelepasan Anak (bawah 18 tahun) – RM2,000 seorang

  • Pendidikan Anak (IPT) – Sehingga RM8,000

  • Anak Berumur 18 Tahun ke Atas dan Belajar Sepenuh Masa – RM2,000.00

  • Perbelanjaan Penyusuan Susu Ibu – Sehingga RM1,000

  • Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak atau Tadika Berdaftar – RM3,000.00

7. Tarikh Penting E-Filing 2025

  • 1 Mac 2025 – Tarikh mula e-Filing dibuka kepada pembayar cukai.

  • 30 April 2025 – Tarikh akhir penghantaran Borang BE.

  • 30 Jun 2025 – Tarikh akhir penghantaran Borang B.

Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat memastikan bahawa proses e-Filing berjalan dengan lebih teratur dan tanpa tekanan.

Jangan menunggu sehingga saat akhir untuk mengisi borang cukai anda, sebaliknya buat persiapan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Semoga proses e-Filing anda untuk tahun 2025 berjalan dengan lancar,

Sumber : LHDN

BACA : MyTax : Panduan Lengkap Untuk Pengguna Kali Pertama

BACA : Menjadi, Teknik Bersihkan Rumah Ikut Zon Tanpa Rasa Penat