Siakap Keli
parah mercun bola
Sumber: Astro Awani

Abang Parah, Adik Cedera Terkena Mercun Bola

Abang Parah, Adik Cedera Terkena Mercun Bola

Dua beradik cedera parah selepas dipercayai terkena mercun bola dalam kejadian di sebuah kampung di Kedah pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Abdull Razak Osman memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar jam 8.15 malam.

Akibat insiden tersebut, kedua-dua mangsa yang berusia empat dan tujuh tahun terpaksa dikejarkan ke Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk mendapatkan rawatan segera.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa tidak menyedari anak-anak mereka bermain mercun di luar rumah ketika kejadian berlaku.

“Hasil siasatan mendapati dua beradik itu bermain mercun bola yang diperoleh dari rakan sekampung.

“Manakala ibu kanak-kanak tersebut memaklumkan dia hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera.

“Ketika kejadian bapa kanak-kanak itu tiada di rumah,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Polis buka kertas siasatan

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan.

Namun, si abang mengalami kecederaan lebih serius dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.

“Kita telah membuka kertas siasatan bersangkut kejadian ini yang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.

“Manakala denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kejadian pertama berkaitan mercun yang dilaporkan di negeri Kedah sepanjang Ramadan tahun ini.

BACA: Tiga Maut Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

BACA: Saharudin Meninggal Dunia Pada Usia 84 Tahun

BACA: Penyanyi Popular Antara 12 Terkorban Dalam Nahas Pesawat Terhempas

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.