Siakap Keli
harga terkawal aidilfitri
Kredit: Bernama

Senarai Barangan Harga Terkawal Sempena Aidilfitri 2025

Senarai Barangan Harga Terkawal Sempena Aidilfitri 2025

Saban tahun, harga barangan keperluan mencanak tinggi ketika tiba musim perayaan. Tahun ini, permintaan yang tinggi terhadap kelapa menyebabkan harga produk hasil kelapa meningkat beberapa kali bermula perayaan Thaipusam, hingga tibanya Aidilfitri.

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) telah mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada Rabu. Penetapan harga kawalan bagi barangan yang tersenarai ini berlangsung selama 15 hari, berkuat kuasa bermula 24 Mac hingga 7 April.

Berikut senarai barangan harga terkawal sempena Aidilfitri tahun ini.

1. Daging lembu atau kerbau

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh KPDNKSH, kawalan harga bagi daging kerbau import hanya berkuat kuasa di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan. Manakala harga daging lembu import hanya dikawal di Sarawak. Harga daging lembu tempatan pula dikawal bagi seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali daging bahagian batang pinang.

2. Hasil laut

Harga barangan hasil laut yang dikawal oleh KPDNKSH termasuk ikan aya atau tongkol bagi satu hingga dua ekor sekilogram di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja. Manakala ikan demuduk, ikan sagai, ikan cermin dan ikan cupak bagi tiga hingga lima ekor sekilogram di Sabah sahaja. Harga bagi ikan kembung termasuk ikan mabung pula ditetapkan bagi lapan hingga 12 ekor sekilogram. Begitu juga bagi ikan selayang bermula lapan hingga 12 ekor sekilogram.

3. Sayuran

Bagi kategori sayur-sayuran, harga bagi kubis bulat import hanya melibatkan kubis dari Indonesia dan China, namun tidak bermasuk kubis Beijing. Selain itu, semua sayur sawi hijau, timun, tomato, cili merah, kacang panjang dan lobak merah turut berada dalam kategori barangan harga terkawal.

4. Bahan kering

Antara bahan kering yang dikawal harga bagi Aidilfitri kali ini pula, KPDNKSH meletakkan bawang kuning besar, bawang merah besar import, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (ros) dan bawang putih China dalam senarai barang kawalan. Begitu juga ubi kentang import (China), halia tua import, kacang tanah dan cili kering kerinting. Bagi kelapa biji, harga kawalan hanya ditetapkan bagi pembelian borong manakala kelapa parut dan santan pula ditetapkan bagi pembelian runcit.

BACA: Abang Parah, Adik Cedera Terkena Mercun Bola

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.