Dividen LTAT 5.25 Peratus Libatkan RM515.20 Juta, Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Tahun
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen lima peratus dan bonus 0.25 peratus bagi tahun 2024 — tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Jumlah agihan itu melibatkan RM514.20 juta, meningkat berbanding RM485.08 juta yang dibayar pada 2023, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata agihan ini memberi manfaat kepada 125,014 pencarum, yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Selain itu, ia juga menggambarkan tahun ketiga berturut-turut LTAT mengekalkan dividen pada kadar lima peratus mencerminkan pemulihan yang kukuh, prestasi mampan dan kestabilan dana,” katanya pada Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2024 di sini hari ini.
BACA: Rupiah Indonesia Jatuh Ke Paras Terendah Sejak 1998
Sumber: Bernama