Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
dua maut tiga cedera
Kredit: Bernama

Dua Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan

Azizah Najib

Dua Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh maut manakala tiga individu warga tempatan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin di Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata lelaki berusia 51 tahun yang juga pemandu lori Mitsubishi Fuso meninggal dunia di Hospital Slim River manakala kelindannya yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Rush bergesel dengan lori Mitsubishi Fuso yang membawa muatan jagung, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori jenis Scania,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Jerutan Di Leher Punca Kematian Zayn Rayyan – Pakar Perubatan Perunding Forensik

Mohd Asri berkata pemandu Toyota Rush berusia 18 tahun dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, manakala dua lagi mangsa iaitu penumpang kereta berkenaan berusia 52 tahun dan pemandu lori Scania berumur 26 tahun mengalami cedera ringan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.27 tengah hari dan kemalangan membabitkan sebuah lori treler, lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Toyota.

Sumber: Bernama

BACA: Kematian Zayn Rayyan Mencurigakan, Bukan Kematian Biasa – Saksi

BACA: Terdapat Mesej WhatsApp ‘Zayn Hilang’ ‘Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati’ Milik Dua Individu – Saksi