Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
corleo
Kredit: Design Boom

Kawasaki Perkenal Corleo, Kuda Robot Berkuasa Hidrogen 

Azizah Najib

Kawasaki Perkenal Corleo, Kuda Robot Berkuasa Hidrogen

Syarikat pengeluar industri berat, Kawasaki memperkenalkan kenderaan berkaki empat seumpama robot kuda di Ekspo Osaka-Kansai 2025, semalam.

Menurut laporan Robotics And Automation News, robot yang dinamakan sebagai Corleo itu terhasil daripada gabungan konsep kecerdasan buatan dan teknologi tenaga bersih.

Dengan memiliki empat kaki, robot tersebut dapat mengekalkan keseimbangan dan kestabilan ketika bergerak di pelbagai permukaan. Robot ini turut berupaya merentasi rupa bumi yang kasar dan tidak rata dengan mudah disebabkan keempat-empat kaki yang beroperasi secara berasingan.

Dikuasakan dengan 150cc enjin hidrogen, Corleo berupaya menghasilkan tenaga elektrik untuk beroperasi. Dengan penggunaan teknologi tenaga bersih ini, robot tersebut dapat dikategorikan sebagai platform mampu bergerak di luar jalan raya yang mesra alam.

Mengambil inspirasi daripada motosikal keluaran Kawasaki, Corleo menampilkan rekaan aerodinamik dengan penggunaan bahan logam dan karbon. Dilengkapi dengan bahagian ‘kepala’ seumpama tempat pemegang motosikal, robot ini turut dipasang dengan lampu yang membolehkan penunggang melihat dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Lebih menarik, robot ini tidak menggunakan alat kawalan tradisional. Corleo bertindak balas terhadap pergerakan badan penunggangnya.

Penunggang hanya perlu mengubah pusat graviti sebagai isyarat bagi robot tersebut ubah suai pergerakannya. Malah, dengan adanya paparan HUD (heads-up display), penunggang dapat mengetahui maklumat masa nyata tahap hidrogen, pemanduan arah dan kestabilan pergerakan. Paparan turut menunjukkan kadar pengagihan berat.

Kestabilan robot ini di permukaan yang keras dan lembut turut disumbangkan oleh cengkaman tapak kaki getah Corleo. Biarpun prestasi yang terperinci tidak didedahkan, namun robot ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk melompat bagi mengelak sebarang halangan.

Setakat ini, Kawasaki turut tidak mendedahkan maklumat berkenaan kelajuan, jarak dan tempoh hayat bateri robot tersebut. Namun, syarikat gergasi itu menjangkakan Corleo bakal berada di pasaran menjelang 2050 nanti.

Sumber: Robotics And Automation News, Tokyo Weekender

BACA: “Team” Robot Kolej Tunku Kurshiah Menang Lawan Wakil Jepun

BACA: Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus