Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
indonesia sedia beri perlindungan
Kredit Gambar: AFP

Indonesia Sedia Beri Perlindungan Sementara Kepada 1,000 Rakyat Palestin – Presiden

Azizah Najib

Indonesia Sedia Beri Perlindungan Sementara Kepada 1,000 Rakyat Palestin – Presiden

JAKARTA, 9 April (Bernama) — Indonesia bersedia memberikan perlindungan sementara kepada 1,000 rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza khususnya mereka yang cedera dan anak yatim piatu, kata Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Rabu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Portal berita The Jakarta Globe melaporkan bahawa Prabowo akan ke Timur Tengah untuk mengambil bahagian dalam rundingan berkaitan usaha penyelesaian krisis di Gaza.

Beliau memberitahu pemberita mengenai hasratnya untuk memindahkan penduduk dari Gaza sehingga keadaan di rantau itu kembali stabil. Prabowo berkata Indonesia bersedia menerima 1,000 orang pada peringkat pertama pemindahan.

Beliau berkata Jakarta bersedia untuk menempatkan anak yatim piatu, mangsa yang cedera dan “mana-mana individu yang dipersetujui oleh kerajaan Palestin dan pihak berkaitan untuk dipindahkan ke Indonesia.”

BACA JUGA: Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Yang Cedera Selamat Tiba Di Pengkalan TUDM Subang

Indonesia merancang untuk menggunakan pesawat miliknya dalam proses pemindahan itu. Pada masa sama, Prabowo turut menetapkan beberapa syarat bagi pelaksanaan pemindahan berkenaan, termasuk “persetujuan semua pihak.”

“Mereka yang dipindahkan mungkin hanya akan tinggal di Indonesia buat sementara sehingga mereka pulih. Mereka mesti kembali ke tempat asal mereka sebaik sahaja keadaan di Gaza mengizinkan,” katanya.

Presiden Indonesia itu juga berkata bahawa Jakarta menerima banyak permintaan untuk mengambil bahagian dalam menyelesaikan krisis di Gaza dengan lebih aktif.

Pada 18 Mac lepas, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyambung semula serangan ke atas Gaza selepas hampir dua bulan keadaan agak tenang, memetik keengganan Hamas untuk menerima rancangan Amerika Syarikat untuk melanjutkan gencatan senjata bagi memastikan pembebasan baki tebusan. Gencatan senjata itu tamat pada 1 Mac. Sehari kemudian, Israel melarang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza.

Sumber: BERNAMA