Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
makan tengah hari jepun
Kredit: TikTok
Tiada Kategori

Lelaki Tunjuk Sistem Makan Tengah Hari Sekolah Rendah Di Jepun

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Tunjuk Sistem Makan Tengah Hari Sekolah Rendah Di Jepun

Pengalaman bekerja di luar negara sememangnya satu kenangan yang amat berbeza jika dibandingkan bekerja di dalam negara. Peluang merasai budaya yang berbeza sudah tentu membuatkan kita teruja untuk berkongsi, apatah lagi di zaman perkembangan media sosial kini. Pelbagai platform dapat digunakan untuk menyampaikan perkongsian dengan pantas dan lebih terperinci.

Seorang Pegawai Perhubungan Antarabangsa di Bandar Hioki, Yuzairi Rahim berkongsi sistem makan tengah hari (Kyushoku) di Sekolah Rendah Miyama. Menurut Yuzairi atau lebih mesra dikenali sebagai Yuza ketika ditemu bual SK, antara tugasnya sejak Ogos 2023 ialah memberi pendedahan kepada rakyat Jepun berkenaan Malaysia.

“Saya diminta turut serta dalam empat waktu yang merangkumi pendedahan budaya Malaysia dan aktiviti kraftangan. Jadi saya buat origami tanjak. Kemudian sama-sama makan tengah hari dalam sistem Kyushoku serta waktu rehat dengan bermain bersama pelajar di luar kelas,” kongsinya.

Katanya lagi, dia bertugas di sekitar Hioki dan bertugas mengikut permintaan pihak pentadbiran sekolah di sana. Di Hioki, terdapat 20 buah sekolah yang merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.

Menurutnya, sistem Kyushoku ini diguna pakai di semua sekolah seluruh negara.

“Sistem Pemakanan Makan Tengah Hari di Jepun (Kyushoku) ni memang boleh dikatakan semua sekolah di seluruh Jepun ikuti sistem yang hampir sama. Cuma perbezaannya, ada yang gunakan sistem pemasakan berpusat di setiap daerah, ada yang di masak di sekolah sendiri.

“Sistem pada asasnya sama tetapi berbeza secara mikro bagi penyediaan logistik dan lain-lain. Bagi Sekolah Rendah Miyama yang saya pergi ni, memang ada satu Pusat Kyushoku yang akan masak secara pukal untuk beberapa sekolah. (Makanan) akan dihantar ke sekolah masing-masing dengan lori,” maklumnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Yuza menunjukkan perjalanan sistem ini yang melibatkan kesemua murid. Murid-murid mula menjalankan tugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ada yang mengemas bilik darjah untuk sesi makan tengah hari, ada yang turun ke tempat pengambilan makanan bersama guru pengiring.

Kumpulan murid yang sama mengambil makanan bertugas untuk mengagihkan makanan kepada rakan-rakan. Setelah selesai makan, murid-murid akan mengemas sendiri pinggan mangkuk, termasuk membersihkan kotak susu masing-masing untuk dikitar semula.

Tambah Yuza, sistem Kyushoku ini diguna pakai di sesetengah tadika. Namun, ia tidak digunakan di sekolah menengah tinggi.

“Ada yang menggunakan kaedah bento dan lain-lain tetapi di seluruh Jepun, semua sekolah rendah dan sekolah menengah rendah memang mengguna pakai sistem Kyushoku ini,” ujar lelaki tersebut.

Sumber: TikTok Tinggal Kat Jepun

BACA: Tindakan Orang Ramai Bantu “Rider” Kutip Duit Atas Jalan Sentuh Hati

BACA: Genap Usia 40 Tahun, Jep Kongsi Mengenai ‘Hadiah Istimewa’