Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Isi Kad Ketibaan Digital (TDAC) Sebelum Ke Thailand – Sistem Digital
Bagi anda yang merancang untuk melancong ke Thailand bermula 1 Mei 2025, ada satu perubahan penting yang perlu diambil perhatian.
Kerajaan Thailand telah memperkenalkan sistem baharu yang mewajibkan semua warga asing termasuk rakyat Malaysia untuk mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (Thailand Digital Arrival Card – TDAC) secara dalam talian tiga hari sebelum ketibaan ke negara tersebut.
Apa Itu Kad Ketibaan Digital (TDAC)?
Kad Ketibaan Digital (TDAC) ialah sistem digital yang diwujudkan oleh Jabatan Imigresen Thailand dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Thailand.
Ia berfungsi sebagai platform rasmi untuk semua pelawat asing mendaftar maklumat perjalanan, penginapan, dan kesihatan secara atas talian sebelum memasuki Thailand melalui udara, darat atau laut.
Sistem ini menyokong transformasi digital Thailand dalam sektor pelancongan dan sempadan, dengan tujuan utama memudahkan proses imigresen, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan data serta pemantauan kesihatan awam.
Siapa Perlu Isi TDAC?
Semua pelancong asing diwajibkan melengkapkan TDAC kecuali:
Mereka yang hanya transit tanpa melalui kawalan imigresen
Pengguna Pas Sempadan
Individu yang dilindungi di bawah Seksyen 15 Akta Imigresen Thailand, seperti pegawai diplomatik, konsular, wakil organisasi antarabangsa dan tanggungan mereka.
Pendaftaran boleh dilakukan bermula tiga hari sebelum ketibaan anda ke Thailand.
Anda boleh mengakses sistem TDAC di portal rasmi:https://tdac.immigration.go.th
Pendaftaran boleh dibuat secara individu atau secara berkumpulan bagi pelancong yang datang bersama keluarga atau rakan.
Cara Daftar TDAC – Langkah Demi Langkah
Layari laman web TDAC rasmi- Pilih sama ada anda mahu mendaftar secara individu atau berkumpulan.
Isi maklumat peribadi dan perjalanan
Nama penuh seperti dalam pasport
Nombor pasport & kewarganegaraan
Tarikh lahir, pekerjaan dan negara tempat tinggal
Maklumat penerbangan, tujuan lawatan dan alamat penginapan di Thailand
Pengisytiharan kesihatan, termasuk rekod vaksinasi (jika ada)
Hantar permohonan- Selepas selesai, anda akan menerima email pengesahan. Simpan atau cetak salinan pengesahan atau QR code untuk ditunjukkan semasa ketibaan.
Ketibaan di Thailand- Tunjukkan dokumen pengesahan TDAC dan dokumen perjalanan anda kepada pegawai imigresen untuk pengesahan akhir.
Maklumat Penting TDAC yang Tidak Boleh Diubah
Sila pastikan semua butiran berikut dimasukkan dengan tepat semasa pendaftaran kerana maklumat ini tidak boleh dikemas kini selepas dihantar:
Nama penuh
Nombor pasport
Kewarganegaraan
Tarikh lahir
Sekiranya berlaku kesilapan, anda perlu membuat permohonan baharu.
Kelebihan Sistem TDAC
Mempercepatkan urusan imigresen
Kurangkan penggunaan kertas – lebih mesra alam
Maklumat lebih tepat & mudah dikemas kini (sebelum tarikh perjalanan)
Lebih selamat untuk pemantauan kesihatan awam
Sesuai dengan teknologi perjalanan moden
Semua maklumat mestilah dalam Bahasa Inggeris.
Akses internet diperlukan untuk melengkapkan borang.
Sistem mungkin mengalami kesesakan semasa musim cuti – jadi daftar awal sangat digalakkan.
Penutup
Perubahan ini adalah langkah progresif kerajaan Thailand dalam meningkatkan pengalaman pelancong serta keselamatan kesihatan awam.
Oleh itu, pastikan anda mengisi Kad Ketibaan Digital (TDAC) sebelum melancong ke Thailand bermula 1 Mei 2025.
Jangan lupa simpan QR code atau pengesahan email anda kerana itu adalah kunci utama untuk masuk ke Negara Gajah Putih dengan lancar.
BACA : Tip, Persediaan Sebelum Travel Ke Luar Negara
BACA :
9 Langkah Mudah Buat Bilik Mandi Bersinar, Tandas Bebas Bau