Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sebab subsidi telur tamat
Kredit: Bernama

Ambil Tahu, Ada 5 Sebab Subsidi Telur Ayam Ditamatkan

Azizah Najib

Ambil Tahu, Ada 5 Sebab Subsidi Telur Ayam Ditamatkan

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan penamatan pemberian subsidi telur ayam yang bermula sejak Februari 2022. Sehingga Disember 2024, pemberian subsidi telur ayam mencecah hampir RM2.5 bilion.

Penamatan subsidi ini akan berjalan sepenuhnya bermula 1 Ogos nanti, beserta penamatan kawalan harga telur ayam. Namun, kerajaan telah menetapkan pengurangan kadar subsidi daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula esok.

Pasti anda tertanya-tanya, apa yang menyebabkan kerajaan membuat keputusan ini?

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku tahun keempat 2024, kos pengeluaran telur ayam menunjukkan penurunan sejak suku tahun pertama 2024 lagi. Berikutan itu, pihak kerajaan membuat keputusan untuk menilai semula pemberian subsidi.

Berikut SK kongsikan lima sebab utama kepada penamatan subsidi telur ayam.

Lima sebab subsidi telur ayam tamat

Sebab pertama yang mendorong pihak kerajaan menamatkan pemberian subsidi telur ayam ini ialah kos pengeluaran sudah kembali stabil. Data daripada DOSM menunjukkan kos import makanan ayam yang merangkumi soya dan jagung bijian telah kembali rendah. Keadaan ini sudah berubah dan tidak seperti ketika dunia dilanda Covid-19 dahulu.

Kedua, kerajaan mendapati kapasiti pengeluaran telur ayam semakin bertambah. Hal ini berikutan kesemua ladang ayam penelur telah beroperasi sepenuhnya seperti sebelum berlaku Covid-19.

Tambahan kepada itu, pendapatan pengeluar telur ayam juga sudah kembali stabil. Sebab ketiga ini berdasarkan catatan keuntungan kesemua syarikat pengeluar telur ayam sudah kembali ke tahap yang munasabah.

Sebab keempat pula adalah berdasarkan bekalan telur ayam yang mencukupi. Pihak kerajaan mendapati jumlah bekalan telur telah mencukupi menyebabkan harga pasaran telur ayam terkawal dengan sendirinya.

Sebab terakhir pula dilihat dari segi sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat. Pihak kerajaan menyasarkan untuk memastikan peruntukan kerajaan digunakan untuk keperluan rakyat yang lebih mendesak.

Susulan kesemua lima sebab ini, harga telur ayam menjadi stabil berikutan bekalan yang kembali stabil.

Biarpun begitu, mungkin ada juga dalam kalangan kita yang mula bimbang akan kemungkinan wujudnya kesan negatif terhadap penamatan subsidi telur ayam ini. Sebelum hidup anda dirundung kegelisahan, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah intervensi yang melibatkan tiga pihak.

Langkah minimumkan impak kos sara hidup

Antara langkah intervensi yang diumumkan menerusi kenyataan media Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas dengan harga jualan yang berpatutan.

“Rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negera, termasuk di semua outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” maklum kementerian tersebut.

Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan untuk mempertingkat penguatkuasaan menerusi pemantauan berterusan. Pemantauan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) ini bertujuan membanteras aktiviti pencatutan atau manipulasi harga.

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

BACA: ILI Muncul Lagi, Ketahui Siapa Berisiko Tinggi Dijangkiti

BACA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja