Siakap Keli
maut akibat letupan
Kredit: Video orang awam

Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China

Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China

China – Seorang maut manakala 21 lagi cedera parah apabila berlaku satu letupan di kompleks perumahan di Taiyuan, ibu negeri wilayah Shanxi di utara China pada Rabu, lapor AFP.

Kompleks perumahan itu terletak sekitar 500 kilometer dari Beijing. Menerusi laporan agensi berita tempatan, dua mangsa masih belum dijumpai setakat ini.

Pihak bomba menerima laporan sekitar jam 1 petang waktu tempatan berkenaan letupan tersebut.

“Satu pusat gerakan menyelamat telah didirikan di lokasi kejadian. Misi menyelamat, rawatan mangsa yang tercedera dan penempatan semula mangsa di lokasi sedang dilaksanakan ketika ini,” lapor agensi.

Bagaimanapun, punca letupan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, video yang memaparkan suasana selepas letupan terbabit tular di media sosial.

Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri, malah ada juga yang dilihat mengalami kecederaan.

https://x.com/whyyoutouzhele/status/1917487439993790892

Terdahulu, 22 orang terbunuh akibat letupan yang berlaku di sebuah restoran di wilayah Liaoning. Tiga lagi dilaporkan cedera akibat letupan yang berlaku pada Selasa. Malah sebelum ini, 22 mangsa terkorban apabila sebuah pusat jagaan di wilayah Hebei terbakar, juga berlaku dalam bulan ini.

Sebagai maklumat, China turut menyaksikan lapan mangsa terkorban manakala 15 lagi cedera ketika sebuah pasar menjual sayur-sayuran di bandar Zhangjiakou terbakar pada Januari lalu.

Malah, agensi turut melaporkan sembilan mangsa terkorban akibat kebakaran di sebuah tapak pembinaan di bandar Rongcheng sebulan sebelum itu.

Sumber: AFP, X 李老师不是你老师

BACA: Ambil Tahu, Ada 5 Sebab Subsidi Telur Ayam Ditamatkan

BACA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.