Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
minah saleh beli kelisa
Kredit: Claudine Alcock
Tiada Kategori

Masih Berbisa, Minah Saleh Teruja Beli Kereta Kelisa Terpakai

Azizah Najib

Masih Berbisa, Minah Saleh Teruja Beli Kereta Kelisa Terpakai

Mula dikeluarkan pada tahun 2001, Kelisa yang merupakan kereta kecil keluaran Perodua selepas Kancil, merupakan antara model kereta yang diubah jenama (rebadge) daripada jenama lain. Mengambil model dari Daihatsu Mira Gen-5, kereta Kelisa tidak dapat dinafikan masih punyai peminat yang ramai biarpun model ini sudah lama tidak dihasilkan.

Berdasarkan harga pasaran kereta terpakai, model ini juga masih mempunyai nilai jualan yang tinggi biarpun usianya mungkin sudah melebihi 15 hingga 20 tahun.

Baru-baru ini, tular di laman Facebook tentang seorang wanita warga asing yang berkongsi kegembiraannya memiliki sebuah kereta Kelisa. Perkongsian Claudine Alcock kini mendapat tumpuan ramai, bukan hanya rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian warga luar.

“Saya dari Malta, saya beli kereta Kelisa terpakai tahun 2005. Baru saja guna selama seminggu. Maaf, saya tak pernah dengar tentang pembuatan kereta ni tapi saya betul-betul sukakannya. Jumlah perbatuan 83,500 batu (134,380.22 kilometer).

“Saya terjumpa satu lagi, 995,000 batu (160,1297.28 kilometer) dan masih bergerak. Kelisa saya ada bahagian yang kemek di depan, nanti boleh hantar untuk perbaiki tapi selain daripada itu, kereta itu boleh dihidupkan dan bergerak,” kongsi wanita berkenaan dengan penuh teruja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna Kelisa dari Malaysia turut berkongsi pengalaman mereka sendiri. Malah, ada juga warga luar negara yang menyokong pilihan wanita berkenaan.

Ramai warga maya dalam dan luar negara bersetuju dalam beberapa perkara, antaranya penggunaan Kelisa sememangnya menjimatkan minyak. Malah, jika dijaga dengan baik, kereta kecil ini hampir tidak pernah mengalami sebarang masalah seperti kereta-kereta baharu yang lain.

Wanita tersebut turut berkongsi di ruangan komen bahawa kereta Kelisa miliknya itu dibeli dengan harga 700 Euro sahaja, bersamaan RM3,311.85 hari ini. Menurutnya, perkara yang paling disukai mengenai kereta Kelisa miliknya ialah kerusi yang selesa. Baginya, harga yang dibayar untuk keselesaan dan keadaan Kelisa tersebut sememangnya berbaloi jika dibandingkan dengan harga Kelisa terpakai di Malaysia.

Tambahnya lagi, saiz Kelisa yang kecil menjadikannya mudah untuk diparkir, malah pemanduannya juga tiada kurangnya.

“Saya sukakan bentuk kereta chevrolet spark, Kia memang sangat bagus. Saya rasa, kereta buatan Asia lebih baik daripada kereta Eropah, dan saya sukakan Kelisa lebih sikit dari itu. Bagi saya, tempat duduk Kelisa memang selesa, tetapi bentuknya biasa-biasa saja. Tapi apapun, saya sangat gembira menggunakan Kelisa,” kongsinya lebih lanjut di ruangan komen.

Sumber: Claudine Alcock Via Group Kelisa Owners

BACA: Anak & Isteri Dijangkiti TB, Lelaki Kongsi Pengalaman Pahit Sekeluarga

BACA: Ramai Salah Faham, Rupanya Ini Maksud Sebenar Tentatif