Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hospital putrajaya terbaik dunia
Kredit: Bernama

Hospital Putrajaya Dinobat Salah Sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025

Azizah Najib

Hospital Putrajaya Dinobat Salah Sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025

Hospital Putrajaya diiktiraf sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia bagi tahun 2025 oleh Newsweek dan Statista.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan berita gembira tersebut menerusi satu muat naik di laman sosial beliau.

Selain daripada itu, Institut Jantung Negara turut mendapat pengiktirafan yang sama bagi tahun 2025.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua Warga Hospital Putrajaya,” ucap beliau.

Menurut Hisham, pengiktirafan tersebut mengambil kira beberapa parameter utama iaitu cadangan dan penilaian daripada rakan-rakan profesional perubatan, metrik kualiti hospital dan pengalaman pesakit. Kaji Selidik Pelaksanaan PROMs (Patient-Reported Outcome Measures) juga turut menjadi salah satu parameter utama.

“Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan setiap anggota hospital, dari barisan hadapan hingga ke pentadbiran, dalam memberikan rawatan yang berkualiti tinggi, selamat, dan berfokuskan pesakit,” tambahnya.

Beliau berharap, pengiktirafan yang diterima mampu menjadi inspirasi kepada semua dalam mengekalkan kecemerlangan. Malah, pengukuhan hospital berkenaan sebagai pusat penjagaan kesihatan pilihan utama negara turut dapat diperkukuh.

Menerusi senarai Newsweek, terdapat beberapa lagi fasiliti kesihatan Malaysia yang tersenarai sebagai antara Hospital Terbaik Dunia antaranya Sunway Medical Centre dan Gleaneagles Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Noor Hisham Abdullah, Newsweek

BACA: Gajah Miliki Keupayaan “Spatial”, Mampu Ingat Kawasan, Peristiwa

BACA: Asal Demam Je Mesti Dapat, Ini Baik Buruk Antibiotik Yang Kita Terima Lepas Rawatan Doktor