Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
aktiviti pelajar masjid upm
Kredit: MPP UPM

Penganjuran Aktiviti Pelajar Di Masjid, MPP UPM Tampil Beri Penjelasan

Azizah Najib

Penganjuran Aktiviti Pelajar Di Masjid, MPP UPM Tampil Beri Penjelasan

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) tampil memperjelas isu berkaitan aktiviti pelajar yang tular melibatkan penggunaan ruang solat Masjid UPM, baru-baru ini.

Dalam kenyataan rasmi, MPP UPM menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menyokong penganjuran program pelajar yang mendidik dan bersifat inklusif, terutamanya jika melibatkan institusi keagamaan seperti masjid.

“Kami yakin dan percaya bahawa masjid adalah pusat pembangunan sahsiah dan rohani yang wajar dimanfaatkan oleh warga kampus dengan sebaiknya,” ujar majlis perwakilan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak MPP UPM mengambil maklum akan salah faham berhubung aktiviti pelajar yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UPM. Program berkenaan pada awalnya dirancang berlangsung di Bilik Smart Classroom, Majis UPM.

“Berdasarkan maklumat rasmi yang diterima, pihak penganjur telah dimaklumkan bahawa penggunaan ruang solat adalah tidak dibenarkan dan hanya Bilik Smart Classroom sahaja yang boleh digunakan,” jelas pihak MPP UPM.

Namun, disebabkan kekangan ruang ketika aktiviti berlangsung, lokasi aktiviti telah ditukarkan ke kawasan luar bilik berkenaan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa tiada sebarang jenazah berada di kawasan itu sewaktu aktiviti dijalankan. Jenazah yang dikatakan itu sebenarnya masih belum sampai ke masjid, dan ketika jenazah tersebut sampai, aktiviti yang berlangsung di ruangan tersebut telah dihentikan sepenuhnya serta-merta.

“MPP UPM amat kesal dengan tuduhan tersebut yang dilihat ingin memberi persepsi buruk kepada UPM umumnya dan Masjid UPM sendiri khasnya. Sebarang video atau dakwaan yang tersebar berkaitan perkara ini adalah tidak tepat dan telah menimbulkan fitnah terhadap pihak masjid dan Pusat Islam UPM,” ujar pihaknya lagi.

Dalam pada itu, pihak MPP UPM memaklumkan bahawa penganjur akui bertanggungjawab atas pelanggaran garis panduan penggunaan ruang yang telah ditetapkan. Justeru, semua pihak diseru supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan, khususnya apabila melibatkan institusi keagamaan.

Sementara itu, warga kampus juga diingatkan agar mengambil langkah berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kandungan ke media sosial.

“MPP UPM turut menegaskan bahawa setiap kandungan yang dikongsi ke media sosial perlulah berasaskan fakta yang sahih dan bukan bersifat tuduhan yang boleh menjurus kepada fitnah serta mencalarkan nama baik mana-mana pihak. Siasatan dan pengesahan maklumat sewajarnya dilakukan terlebih dahulu agar kita dapat mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat, salah faham serta mencemarkan reputasi universiti dan nama baik universiti,” tegas pihak MPP UPM.

MPP UPM memberi jaminan pihaknya akan terus cakna dan memantau aktiviti pelajar demi memastikan keharmonian serta profesionalisme dalam kalangan komuniti kampus.

Sumber: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia

BACA: Masjidil Haram Guna Sistem Penyejukan Terbesar Dunia Sempena Musim Haji

BACA: Kisah Pemandu Bas Dapat Tunai Haji Bersama Keluarga Diraja Buat Ramai Sebak