Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
autistik khatam al-quran
Kredit: Bernama

Doa Ibu Tunggal, Anak Autistik Berjaya Khatam Al-Quran

Azizah Najib

Doa Ibu Tunggal, Anak Autistik Berjaya Khatam Al-Quran

BIDOR, 16 Jun (Bernama) – Membesarkan tiga anak autistik tanpa sokongan pasangan hidup bukanlah perjalanan yang mudah, namun itulah pemberian takdir kepada Suzana Ilias yang bergelar balu pada penghujung tahun lepas.

Pada usia 53 tahun, wanita itu menggalas tanggungjawab menjaga tiga anak istimewa – Muhammad Khir Khairul Nizam, 29; Nur Fatimah, 28; dan Nurul Asyikin, 25 yang masing-masing mengalami autisme tahap dua dan memerlukan pemantauan serta bantuan sepenuh masa dalam menjalani kehidupan harian.

Di sebalik segala cabaran dihadapi, Suzana bersyukur anak sulungnya berjaya khatam al-Quran dan menganggapnya sebagai pencapaian luar biasa memandangkan Muhammad Khir sering bergelut untuk memberi tumpuan secara konsisten.

“Inilah keajaibannya, meskipun tidak mampu memberi fokus dan respons secara spontan ketika bertutur, Muhammad Khir dapat menguasai kalam suci anugerah Illahi ini dengan baik. Saya amat bersyukur, ini hasil usaha arwah suami yang membiasakan si abang dengan al-Quran sejak kecil,” katanya kepada Bernama.

Suzana berkata walaupun kini dia bersendirian, anak sulungnya itu menjadi teman setia yang sering menegur bacaannya setiap kali mereka mengaji bersama-sama. “Kalau kita betul-betul mahu (anak autistik mampu membaca al-Quran), kita usahakan dan doakan. Insya-Allah, urusan akan dipermudahkan,” katanya sambil menambah keadaan anak-anak bukan penghalang untuknya mengenal potensi mereka.

Selain boleh mengaji, Suzana berkata Muhammad Khir juga boleh menerima arahan serta mampu membaca dan mengira, selain gemar membantunya memasak.

“Anak kedua, Nur Fatimah, seorang yang sangat ringan tulang dan suka melipat kain walaupun dengan caranya sendiri, manakala si bongsu, Nurul Asyikin, seorang yang ceria, aktif dan gemar menyanyi, menjadi penghibur dalam keluarga kecil kami,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupannya yang berubah 180 darjah selepas pemergian suami tercinta pada penghujung tahun lepas, suri rumah sepenuh masa itu terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga dalam sekelip mata.

“Selepas pemergian arwah suami, kehidupan kami jadi sedikit kucar-kacir. Saya benar-benar hilang arah kerana selama ini semua urusan seperti bayaran bil, bank dan sebagainya diuruskan oleh suami,” katanya yang tidak dapat bekerja demi menjaga anak-anak istimewa itu.

Suzana berkata keluarganya kini hanya bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah suami untuk menampung keperluan harian serta penjagaan dan rawatan anak-anak.

“Pendapatan itu memang tidak mencukupi, tetapi saya bersyukur anak-anak tidak memilih makanan. Apa saja yang saya masak, itulah yang mereka makan,” katanya.

Wanita itu berkata ketiga-tiga anaknya juga pernah menjalani sesi pendidikan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang menurutnya sangat membantu dari segi perkembangan sosial dan kendiri mereka.

“Saya berdoa agar Allah hadirkan keajaiban buat anak-anak saya. Selagi hayat masih ada, saya akan terus berjuang untuk mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Guna Teleskop Dari Rumah, Lelaki Berjaya Rakam Gambar “Dolphin Head Nebula”

BACA: Peroleh 2A SPM, Kini Anak Malaysia Ini Raih Anugerah Tertinggi Universiti Di Indiana