Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Hantar “Treadmill”, Abang Kurier Sempat Titip Semangat Turunkan Berat Badan
Semangat untuk hidup sihat semakin menjadi keutamaan dalam kalangan masyarakat hari ini. Ramai yang memilih untuk bersenam di rumah sebagai alternatif lebih praktikal dan jimat masa.
Berikutan itu, peralatan seperti mesin sawat injak (treadmill) menjadi pilihan utama, khususnya bagi mereka yang mahu kekal aktif tanpa keluar rumah.
Biarpun begitu, memiliki peralatan senaman kadang-kala tidak menjadi sebab yang kuat untuk sesetengah individu meneruskan impiannya bersenam. Ada yang menyimpan impian berkenaan bertahun-tahun sebelum berpeluang merealisasikannya.
Namun, menjadi lebih bermakna apabila usaha kecil seseorang itu mendapat sokongan tidak disangka daripada orang luar.
Begitulah kisah seorang wanita, dikenali sebagai Nur Nabila yang menerima kata-kata semangat daripada penghantar kurier ketika menerima treadmill yang dibelinya dalam talian. Mesej ringkas namun ikhlas itu meraih perhatian ramai, hingga mencetus rasa terharu dan lucu dalam masa yang sama.
Wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka yang kini tular di media sosial.
“Tiba-tiba betul abang kurier ni. Maaf bang, tak tercapai lagi impian tu. Buat sidai tuala je ni,” seloroh wanita berkenaan.
“Semoga tercapai cita-cita yang diidamkan ye.
“Semangat ye. Berat saya pikul tu. Saya takde troli,” ujar penghantar kurier berkenaan.

Perkongsian tangkap layar tersebut mendapat reaksi luar biasa daripada warga maya yang turut memahami situasi berkenaan.
“Ya Allah sentap hati oit bang. Nanti dah kurus tolong bagi tahu dia juga ye. Supaya peluh dia berbaloi angkat takde troli,” pesan warga maya.
“Sis, saya beli basikal saya buat sangkut tudung. Saya beli mini stepper, saya tak guna langsung sampai suami saya simpan dah. Saya tengah bercita-cita nak beli treadmill ni,” ujar seorang yang lain.
“Dia lepaskan geram tu. Kemain ye beli. Kalau setakat nak sidai tuala baik tak payah. Penat aku angkut ha,” ulas yang lain.
Menerusi ruangan komen, pemilik akaun turut terhibur dengan komen ini.
“Dari bulan satu baru berapa kali je naik ni. Encik suami ulang-ulang cakap cuba ingat balik penat lelah abang kurier tu angkat macam mana,” kata wanita berkenaan.
Sumber: nurnabilamohdnoor
BACA: Kadang Sampai Tak Berkelip, Ini Rupanya Sebab Bayi Selalu Renung Kita
BACA: “Anak-anak aku, tanggungjawab aku,” Kisah Bapa Tunggal Buat Ramai Sebak