Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
simpanan selepas bersara
Sumber: Astro Awani

Hanya 36 Peratus Rakyat Malaysia Punya Simpanan Mencukupi Selepas Bersara – Amir Hamzah

Hannah

Hanya 36 Peratus Rakyat Malaysia Punya Simpanan Mencukupi Selepas Bersara – Amir Hamzah

Hanya sekitar 35 hingga 36 peratus rakyat Malaysia dijangka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung keperluan hidup selepas bersara, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Justeru, beliau berkata, kerajaan kini giat memperkenalkan pelbagai insentif bagi menggalakkan rakyat membuat caruman persendirian kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuk memperluas penggunaan teknologi digital bagi memudahkan rakyat membuat caruman tambahan secara dalam talian, tanpa perlu melalui proses yang rumit atau membebankan.

“Kalau kita lihat sekarang, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah simpanan untuk zaman persaraan yang masih tidak mencukupi. Ketika ini, hanya sekitar 35 hingga 36 peratus rakyat dijangka mencapai jumlah simpanan yang mencukupi untuk menyara kehidupan selepas bersara.

“Maka, usaha perlu digandakan bagi meningkatkan kadar simpanan ini. Persoalannya, bagaimana caranya?

“Kita berusaha meningkatkan simpanan ini dengan menggalakkan orang ramai membuat caruman sendiri, bukan hanya bergantung kepada potongan gaji atau sumbangan daripada majikan. Pada masa sama, kita juga memudahkan kaedah simpanan contohnya dengan penggunaan teknologi.

“Jika mereka mahu membuat pemindahan secara dalam talian, semuanya boleh dilakukan dengan mudah. Apabila proses itu tidak merumitkan, orang lebih cenderung untuk menyimpan dan menambah simpanan mereka,” katanya dalam Agenda AWANI, pada Selasa.

Beliau turut menjelaskan bahawa insentif juga akan disasarkan kepada golongan tertentu seperti pekerja sektor gig dan mereka yang baru memulakan simpanan.

Dalam perkembangan berkaitan, struktur simpanan KWSP turut mengalami penambahbaikan dengan pengasingan kepada tiga akaun bagi memberi lebih fleksibiliti kepada pencarum.

“Kita juga dapat lihat bahawa skim dalam KWSP telah mengalami perubahan. Kini, simpanan telah dipecahkan kepada tiga akaun iaitu ada akaun yang boleh digunakan, ada akaun kecemasan dan satu lagi akaun yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf hidup, contohnya bagi tujuan pembelian rumah dan pendidikan.

“Ini adalah antara banyak usaha yang kita laksanakan dalam menambah baik sistem yang sedia ada, agar wang yang dikumpul dapat bekerja dengan lebih berkesan dan memberi pulangan yang lebih baik kepada pencarum,” katanya.

Selain itu, Amir turut menggesa syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) agar lebih proaktif dalam meneroka peluang baharu sejajar dengan perubahan landskap ekonomi negara yang kini lebih tertumpu kepada ekonomi berasaskan modal intelek dan sektor informal.

Menurutnya, tumpuan baharu ini perlu memberi peluang kepada golongan bekerja sendiri dan mereka yang baru berjinak dalam bidang keusahawanan.

“Kalau kita lihat sektor penjagaan (care giving) di Malaysia masih berada pada peringkat awal pembangunan. Belum banyak pihak yang meneroka industri ini. Ia sebenarnya membuka peluang baharu, tetapi disebabkan masih baharu, tidak ramai yang berani untuk melabur.

“Justeru, GLIC boleh memainkan peranan penting untuk mengaktifkan segmen ini dengan lebih berkesan,” jelasnya.

BACA: Individu Didakwa Bersama Dua ADUN Sabah Tidak Dilindungi Di Bawah Akta Pemberi Maklumat – SPRM

Sumber: Astro Awani